Kawal akses ke rakaman skrin pada Mac
Sesetengah app dan tapak web boleh mengakses dan merakam kandungan skrin anda pada Mac anda. Anda boleh tentukan app dan tapak web yang dibenarkan untuk merakam skrin anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Pilih Rakaman Skrin.
Pilih kotak semak bersebelahan app untuk membenarkannya merakam skrin anda.
Nyahpilih kotak semak untuk nyahaktifkan akses bagi app tersebut.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk merakam skrin anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Untuk pentadbir sistem yang mahukan maklumat tentang mengerahkan seting keselamatan, lihat Rujukan Pengerahan macOS.