Gunakan IP atas Thunderbolt untuk menyambungkan dua komputer Mac
Sambungkan dua komputer Mac yang dilengkapi dengan Thunderbolt menggunakan kabel Thunderbolt, kemudian gunakan Protokol Internet (IP) untuk berkomunikasi di antara komputer.
Apabila anda menyambungkan komputer menggunakan kabel Thunderbolt, komputer menerima alamat IP menggunakan DHCP secara lalai. Jika perlu, anda boleh memasukkan alamat IPv4 secara manual.
Sambungkan kabel Thunderbolt ke port Thunderbolt pada komputer yang anda mahu sambungkan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Rangkaian dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik perkhidmatan Jambatan Thunderbolt di sebelah kanan, kemudian klik Butiran.
Jika anda tidak melihat perkhidmatan Jambatan Thunderbolt, anda perlu menambah perkhidmatan. Lihat Sediakan perkhidmatan rangkaian.
Jika anda perlu memasukkan alamat IP, klik TCP/IP, klik menu timbul Konfigurasi IPv4, pilih pilihan, kemudian masukkan alamat IPv4 dalam medan alamat IP.
Jika perlu, anda juga boleh memasukkan topeng subnet dan alamat penghala.
Jika anda perlu memasukkan alamat DNS atau alamat domain, klik DNS, kemudian masukkan alamat.
Klik OK.
Untuk memindahkan fail antara komputer, buka tetingkap Finder pada satu Mac, klik Rangkaian di bawah Lokasi dalam bar sisi Finder, dwiklik ikon untuk Mac lain, klik Sambung Sebagai, pilih pilihan sambungan, kemudian klik Sambung. Jika anda tidak melihat Mac lain, pastikan perkongsian failnya diaktifkan.