Gunakan IP atas Thunderbolt untuk menyambungkan dua komputer Mac
Sambungkan dua komputer Mac yang dilengkapi dengan Thunderbolt menggunakan kabel Thunderbolt, kemudian gunakan Protokol Internet (IP) untuk berkomunikasi di antara komputer.
Sambungkan kabel Thunderbolt ke port Thunderbolt pada komputer yang anda mahu sambungkan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih Jambatan Thunderbolt dalam senarai di sebelah kiri.
Klik Lanjutan, klik DNS, kemudian masukkan alamat DNS dan domain carian jika rangkaian anda memerlukannya. Semak dengan pentadbir rangkaian atau ISP anda jika anda tidak pasti alamatnya.
Klik OK, kemudian klik Guna.
Apabila anda sambungkan komputer menggunakan IP atas Thunderbolt, secara lalai, komputer menerima alamat IP menggunakan DHCP. Untuk masukkan alamat IP secara manual atau pilih cara lain untuk menerima alamat IP, gunakan menu timbul Konfigurasi IPv4.