
Kongsi pembelian dengan orang lain dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda pada Mac
Sebagai ahli kumpulan Perkongsian Keluarga, anda mempunyai akses kepada pembelian yang dikongsi oleh ahli kumpulan lain. Lihat artikel Sokongan Apple Cara berkongsi app dan pembelian dengan Perkongsian Keluarga.
Anda boleh memuat turun pembelian mereka pada Mac, iPhone atau iPad anda pada bila-bila masa. Ahli kumpulan lain boleh mengakses pembelian anda dengan cara yang sama. Anda boleh menyembunyikan pembelian individu yang anda tidak mahu berkongsi dengan ahli keluarga lain.
Nota: Hanya pengelola keluarga boleh menyediakan Perkongsian Pembelian (lihat Sediakan Perkongsian Keluarga). Selepas pengelola keluarga mengaktifkan Perkongsian Pembelian, setiap ahli keluarga boleh memilih untuk mendayakan ciri tersebut untuk peranti mereka, yang membolehkan mereka mendapat akses kepada kandungan dikongsi masing-masing.
Lihat dan muat turun pembelian dibuat oleh ahli keluarga lain
Cara anda memuat turun pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga lain berbeza bergantung pada app.
Lihat atau muat turun muzik: Pergi ke app Muzik
pada Mac anda. Daftar masuk, pilih Akaun > Dibeli, kemudian klik menu timbul bersebelahan Dibeli. Pilih ahli keluarga, kemudian muat turun item yang anda mahukan.Lihat atau muat turun app: Pergi ke app App Store
pada Mac anda. Daftar masuk, kemudian pilih Kedai > Akaun. Klik menu timbul “Dibeli oleh”, pilih ahli keluarga, kemudian muat turun item yang anda mahu.Lihat atau muat turun buku: Pergi ke app Buku
pada Mac anda. Daftar masuk, kemudian pilih Akaun > Lihat Akaun. Di bawah Perkongsian Keluarga, klik ahli keluarga, kemudian muat turun item yang anda mahu.
Apabila ahli keluarga memulakan pembelian, ia akan dibilkan terus kepada akaun pengelola keluarga. Selepas dibeli, item ditambahkan ke akaun permulaan ahli keluarga dan dikongsi dengan ahli kumpulan yang lain. Jika pengelola keluarga menghentikan Perkongsian Keluarga, setiap orang dapat menyimpan item yang mereka pilih untuk dibeli—walaupun ia dibayar oleh pengelola keluarga. Untuk mendapatkan maklumat tentang pembelian naik taraf storan iCloud, lihat Uruskan storan iCloud.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang memuat turun pembelian, lihat artikel Sokongan Apple Cari kandungan yang dibeli oleh ahli dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda.
Sembunyikan atau berhenti menyembunyikan pembelian daripada ahli keluarga lain
Setiap pembelian yang anda lakukan dikongsi secara automatik dengan kumpulan Perkongsian Keluarga anda. Jika pembelian tidak sesuai untuk semua orang dalam keluarga—lagu, buku atau app—anda boleh menyembunyikannya. Anda juga boleh menjadikannya tersedia lagi pada masa hadapan.
Sembunyikan muzik: Pergi ke app Muzik
pada Mac anda. Daftar masuk, kemudian pilih Akaun > Dibeli. Pilih jenis kandungan yang anda mahu sembunyikan, tempatkan penuding ke atas item yang anda mahu sembunyikan, klik
, kemudian klik Sembunyikan.Henti menyembunyikan muzik: Pergi ke app Muzik
pada Mac anda. Daftar masuk, kemudian pilih Akaun > Seting Akaun. Pergi ke Muat Turun dan Pembelian, klik Urus, kemudian klik Nyahsembunyi untuk item.Sembunyikan app: Pergi ke app App Store
pada Mac anda. Daftar masuk, kemudian pilih Kedai > Akaun. Alihkan penuding ke atas app yang anda mahu sembunyikan, klik
, pilih Sembunyikan Pembelian, kemudian klik Sembunyikan Pembelian.Henti menyembunyikan app: Pergi ke app App Store
pada Mac anda. Daftar masuk, kemudian pilih Kedai > Akaun. Klik Seting Akaun. Dalam bahagian item tersembunyi, klik Urus, kemudian klik Nyahsembunyi untuk item.Sembunyikan buku: Pergi ke app Buku
pada Mac anda. Daftar masuk, kemudian klik Semua (atau koleksi lain) dalam bar sisi. Klik
di bawah item yang anda mahu sembunyikan, klik Keluarkan, kemudian klik Sembunyikan <jenis item>.Henti menyembunyikan buku: Pergi ke app Buku
pada Mac anda. Daftar masuk, kemudian pilih Akaun > Lihat Akaun. Klik Urus Pembelian Tersembunyi, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda dan kata laluan anda, klik Daftar Masuk, kemudian klik Nyahsembunyi untuk item.
Hentikan dan nyahaktifkan Perkongsian Pembelian
Jika anda ahli keluarga dalam Kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh berhenti berkongsi pembelian anda dengan orang lain. Apabila anda berhenti berkongsi pembelian anda, ahli keluarga anda hilang akses kepada semua pembelian iTunes Store, App Store dan Apple Books dikongsi anda.
Jika anda merupakan pengelola keluarga untuk Kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh menyahaktifkan Perkongsian Pembelian untuk seluruh keluarga. Apabila anda menyahaktifkan Perkongsian Pembelian, semua ahli keluarga kehilangan akses kepada pembelian iTunes Store, App Store dan Apple Books yang dikongsi serta tidak boleh membuat pembelian dikongsi baharu.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.Klik Keluarga dalam bar sisi.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Berhenti berkongsi pembelian anda: Klik Perkongsian Pembelian, klik nama anda, kemudian nyahaktifkan Kongsi Pembelian Saya.
Nyahatifkan Perkongsian Keluarga: Klik Perkongsian Pembelian, klik Berhenti Berkongsi Pembelian, kemudian klik Berhenti Berkongsi Pembelian lagi.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggabungkan langganan Apple anda, lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Nota: Untuk berkongsi pembelian, ahli keluarga mestilah berada dalam negara atau rantau Akaun Apple yang sama. Jika ahli keluarga menukar negara atau rantau Akaun Apple mereka, orang tersebut mungkin hilang akses pada pembelian ahli keluarga lain dan app dipasang yang dikongsi daripada ahli keluarga lain mungkin tidak berfungsi. Lihat artikel Sokongan Apple Tukar negara atau rantau Akaun Apple anda.