Kongsi pembelian dengan keluarga anda
Sebagai ahli keluarga, anda mempunyai akses serta-merta kepada pembelian yang ahli keluarga berkongsi antara satu sama lain. Anda dapat memuat turun pembelian mereka pada peranti anda pada bila-bila masa. Anda boleh membenarkan ahli keluarga yang lain mengakses pembelian anda dengan cara yang sama. Anda boleh menyembunyikan pembelian individu yang anda tidak mahu ahli keluarga yang lain berkongsi.
Sebelum anda boleh berkongsi pembelian keluarga, anda mesti menyertai keluarga.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting Perkongsian Keluarga menggunakan peranti iOS, lihat artikel Sokongan Apple Kongsi pembelian iTunes, App Store dan iBooks Store dengan Perkongsian Keluarga.
Lihat dan muat turun pembelian dibuat oleh ahli keluarga lain
Pergi ke bahagian Dibeli dari iTunes Store, App Store, atau iBooks Store.
Dalam iTunes: Pilih Akaun > Pembelian Keluarga (atau Akaun > Daftar Masuk).
Dalam App Store: Klik Dibeli dalam bar alat.
Dalam iBooks: Pilih Kedai > Rumah Kedai, kemudian klik Dibeli di bawah Pautan Cepat di sebelah kanan.
Klik nama anda (iTunes Store atau iBooks Store), atau klik Pembelian Saya (App Store), bersebelahan Dibeli berdekatan penjuru kiri atas, kemudian pilih ahli keluarga untuk melihat pembeliannya.
Muat turun item yang anda inginkan.
Apabila ahli keluarga memulakan pembelian, ia akan dibilkan terus kepada akaun pengurus keluarga. Sebaik sahaja dibeli, item itu akan ditambahkan kepada akaun permulaan ahli keluarga dan dikongsi dengan ahli keluarga yang lain. Jika pengurus menghentikan Perkongsian Keluarga, setiap orang dapat menyimpan item yang mereka pilih untuk dibeli—walaupun ia dibayar oleh pengurus keluarga. Untuk mendapatkan maklumat tentang pembelian naik taraf storan iCloud, lihat Mengurus storan iCloud.
Sembunyikan pembelian daripada ahli keluarga yang lain
Anda boleh menyembunyikan pembelian individu iTunes Store, App Store dan iBooks Store supaya ia tidak tersedia untuk ahli keluarga yang lain.
Pergi ke bahagian Dibeli dari iTunes Store, App Store, atau iBooks Store.
Dalam iTunes: Pilih Akaun > Pembelian Keluarga (atau Akaun > Daftar Masuk).
Dalam App Store: Klik Dibeli dalam bar alat.
Dalam iBooks: Pilih Kedai > Rumah Kedai, kemudian klik Dibeli di bawah Pautan Cepat di sebelah kanan.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Dalam iTunes: Pilih kandungan yang anda mahu sembunyikan, tempatkan penuding ke atas item yang anda mahu sembunyikan, kemudian klik butang Keluarkan .
Dalam App Store: Control-klik item yang mahu sembunyikan, kemudian pilih Sembunyikan Pembelian daripada menu pintasan.
Dalam iBooks: Tempatkan penuding ke atas item yang anda mahu sembunyikan, kemudian klik butang Keluarkan .
Berhenti menyembunyikan pembelian
Anda boleh mendedahkan pembelian individu iTunes Store, App Store dan iBooks Store yang anda sembunyikan supaya ia menjadi tersedia untuk ahli keluarga yang lain.
Pergi ke bahagian Maklumat Akaun daripada iTunes Store, App Store, atau iBooks Store.
Dalam iTunes: Pilih Akaun > Lihat Akaun Saya (atau Akaun > Daftar Masuk).
Dalam App Store: Pilih Store > Lihat Akaun Saya. Jika anda tidak melihat command menu tersebut, pilih Kedai > Daftar Masuk.
Dalam iBooks: Pilih Store > Lihat Apple ID Saya. Jika anda tidak melihat command menu tersebut, pilih Kedai > Daftar Masuk.
Skrol ke bawah ke iTunes dalam bahagian Cloud (iTunes Store atau iBooks Store) atau Item Tersembunyi (App Store), kemudian, di sebelah kanan Pembelian Tersembunyi, klik Uruskan.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Dalam iTunes: Pilih kandungan tersembunyi yang anda mahu tunjukkan, cari item yang anda mahu tunjukkan, kemudian klik Nyahsembunyi bersebelahan item itu.
Dalam App Store: Cari item yang anda mahu tunjukkan, kemudian klik Nyahsembunyi bersebelahan item itu.
Dalam iBooks: Cari item yang anda mahu tunjukkan, kemudian klik Nyahsembunyi bersebelahan item itu.
Berhenti berkongsi pembelian anda
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Mengurus Keluarga, klik nama anda di sebelah kiri, kemudian nyahpilih “Kongsi pembelian saya” di sebelah kanan.
Berkongsi pembelian menggunakan Apple ID yang berlainan
Anda boleh menukar Apple ID yang anda gunakan untuk pembelian iTunes Store, App Store dan iBooks Store yang anda kongsikan dengan keluarga anda. Anda boleh mengubah Apple ID ini sekali setiap 90 hari. Keluarga anda hanya akan dapat memuat turun muzik, filem, rancangan TV, buku dan app yang dibeli dengan Apple ID baru anda. Item yang mereka muat turun sebelum ini akan berhenti berfungsi sehingga ia dibeli semula.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Mengurus Keluarga, klik nama anda di sebelah kiri, klik Ubah di sebelah kanan, kemudian ikut arahan pada skrin.
Selepas anda mengubah Apple ID, keluarga anda akan menerima e-mel yang memaklumkan mereka tentang perubahan itu.
Nota: Untuk berkongsi pembelian, ahli keluarga mestilah berada dalam negara iTunes Store yang sama. Jika ahli keluarga menukar negara atau rantau iTunes Store mereka, orang itu mungkin hilang akses ke pembelian ahli keluarga lain serta app dipasang yang dikongsi daripada ahli keluarga lain mungkin tidak berfungsi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Tukar negara atau rantau iTunes Store anda.