Bertukar daripada Windows ke Mac?
Mac anda boleh melakukan semua perkara yang sistem Windows anda lakukan—dan lebih lagi.
Apakah namanya pada Mac saya?
Cari item anda dalam Finder Finder Lihat Gunakan Finder. | Sesuaikan Mac anda Serupa dengan Panel Kawalan pada PC Windows, Seting Sistem |
Ambil tangkapan skrin Anda Menyukai Alat Memotong pada PC Windows? Lihat utiliti Tangkapan Skrin pada Mac. Tekan Command + Shift | Simpan app kegemaran anda dalam Dock Pada PC Windows, anda klik Mula untuk melihat app anda yang paling kerap digunakan atau terkini. Pada Mac, simpan app kegemaran anda di Dock di bahagian bawah skrin. Seret app yang anda paling kerap gunakan ke Dock—dan seret keluar app yang tidak anda gunakan. Lihat Gunakan Dock. |
Gunakan tetingkap app pada Mac
Anda boleh membuka berbilang tetingkap untuk app pada satu masa. Gunakan butang merah, kuning dan hijau di penjuru kiri atas tetingkap app untuk menutup
Klik kanan pada Mac
Pada Mac anda, klik kanan dipanggil klik sekunder atau Control-klik. Klik dengan dua jari pada trackpad anda, atau tekan Control pada papan kekunci anda, kemudian klik item. Jika anda mempunyai tetikus, anda juga boleh mengklik kanan dengan mengklik pada bahagian kanan tetikus anda.
Jika anda tidak menyukai klik dua jari atau mengutamakan mengklik di sebelah kiri tetikus, anda juga boleh menyesuaikan cara melakukan klik sekunder dalam Seting Trackpad atau Tetikus. Pergi ke Seting Sistem, klik Trackpad atau Tetikus dalam bar sisi (anda mungkin perlu menskrol ke bawah), kemudian pilih pilihan daripada menu timbul “Klik sekunder”.
Kekunci dan pintasan pada Mac
Kebanyakan pintasan papan kekunci yang anda kenali dan sukai pada PC Windows berfungsi pada Mac—anda hanya perlu menukar satu atau dua kekunci yang berbeza.
Perintah Tukar kekunci Control pada Windows kepada kekunci Command untuk kebanyakan pintasan papan kekunci pada Mac. Cubalah—gunakan Command-C untuk menyalin dan Command-V untuk menampal. | Option Anda biasanya boleh menggantikan kekunci Alt pada Windows dengan kekunci Option pada Mac. Gunakan kekunci Option untuk mencipta aksara khas—contohnya, untuk menaip é, tekan Option-E, kemudian tekan kekunci E sekali lagi. |
Padam Pada Mac, anda boleh menggunakan kekunci Delete untuk backspace dan Fn-Delete untuk padam maju. | Return Kekunci Return pada Mac berfungsi sama seperti kekunci Enter pada PC Windows anda. |
Kini anda tahu kekunci, cuba beberapa pintasan papan kekunci. Tekan Command-bar Space untuk membuka Spotlight dan mencari di Mac anda serta web, atau untuk melaksanakan Tindakan Cepat seperti masalah matematik atau penukaran mata wang. Cuba Command-Shift -3 untuk mengambil tangkapan skrin untuk seluruh skrin anda dengan cepat, yang disimpan ke desktop anda. Atau jika anda menghadapi kesukaran dan mencari padanan Mac bagi Control-Alt-Delete, gunakan Option
-Command-Esc untuk memaksa keluar app.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang papan kekunci anda, lihat Pengenalan kepada pintasan papan kekunci Mac.
Teruskan menggunakan app yang anda kenali dan sukai
Mac anda disertakan pelbagai app terbina dalam untuk membantu anda berhubung dengan orang lain (seperti Mesej, FaceTime dan Telefon), menjadi produktif (seperti Pages, Keynote dan Numbers), serta kekal terhibur (seperti Apple Music dan Apple TV). Tetapi anda masih boleh menggunakan banyak app yang anda telah miliki pada PC Windows anda (seperti Microsoft Office). Semak App Store untuk memuat turun kegemaran lama anda—atau mencari sesuatu yang baharu.
Pindahkan kandungan anda daripada PC Windows anda
Apabila anda menyediakan Mac, anda boleh memindahkan kandungan, seperti seting pengguna, dokumen, foto, muzik, akaun, kata laluan dan banyak lagi daripada PC Windows. Jika anda telah menyediakan Mac, anda masih boleh memindahkan kandungan dan anda boleh menentukan perkara yang anda mahu pindahkan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara memindahkan kandungan anda, lihat artikel Sokongan Apple Pindahkan daripada PC ke Mac dengan Pembantu Penghijrahan.
Mahu mengetahui lebih lanjut?
Untuk mengenali desktop anda, termasuk Dock dan bar menu, lihat Kenali desktop Mac, Apakah yang ada dalam bar menu pada Mac? dan Gunakan Dock.
Selepas anda memahami asas, pelajari cara menggunakan fail dan folder dengan Cipta dan bekerjasama dengan dokumen, atau terokai cara anda boleh mencari apa-apa sahaja pada Mac anda dengan Cari perkara yang anda perlukan dengan Spotlight pada Mac.
Bertukar daripada PC Windows, tetapi anda sudah mempunyai iPhone? Ketahui cara anda boleh menggunakan iPhone anda dengan Mac baharu anda. Lihat Gunakan Kesinambungan untuk bekerja merentas peranti Apple.