Gunakan Kesinambungan untuk bekerja merentas peranti Apple
Apabila anda menggunakan Mac anda dengan peranti Apple lain—seperti iPhone, iPad, atau Apple Watch anda—anda boleh memanfaatkan ciri Kesinambungan istimewa yang membolehkan anda menggunakan peranti anda dengan cara yang unik. Anda boleh bekerja meretas peranti anda, menyerahkan tugas, berkongsi fail dan foto, menstrimkan video dan audio dan banyak lagi dengan lancar. Ciri Kesinambungan dibina terus dalam sistem pengendalian peranti anda dan kebanyakan app yang anda gunakan setiap hari. Tiada app tambahan yang anda perlu pasang—hanya daftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada setiap peranti untuk bermula.
Nota: Terdapat keperluan sistem minimum untuk ciri Kesinambungan dan sesetengah ciri memerlukan Wi-Fi dan Bluetooth®. Lihat artikel Sokongan Apple Ciri dan keperluan Kesinambungan untuk peranti Apple.
Kongsi kandungan antara peranti dengan cepat
Kongsi foto, video, kenalan dan banyak lagi, dengan sesiapa sahaja pada peranti Apple berdekatan anda. AirDrop menjadikan perkongsian antara iPhone, iPad dan Mac semudah menyeret dan melepaskan.
Gunakan AirDrop untuk menghantar item ke peranti Apple berdekatan
Gunakan kamera iPhone anda dengan Mac anda
Anda boleh menggunakan iPhone anda sebagai kamera web atau mikrofon komputer Mac anda dengan ciri yang dipanggil Kamera Kesinambungan. Anda juga boleh menggunakan kesan video semasa menggunakan iPhone anda sebagai kamera web, seperti Pandangan meja.
Kawal iPhone anda daripada Mac anda
Kawal iPhone anda daripada Mac anda dan menerima pemberitahuan iPhone serta Aktiviti Langsung pada Mac anda, supaya anda tidak akan terlepas apa-apa sahaja.
Lanjutkan ruang kerja anda dengan iPad
Dengan ciri Sidecar, iPad anda menjadi paparan kedua untuk Mac anda. Anda boleh melanjutkan desktop Mac anda atau tunjukkan app yang sama pada kedua-dua skrin tetapi mengawal aspek yang berbeza.
Lebih banyak ciri Kesinambungan
Salin dan tampal Salin teks, imej, foto dan video daripada satu peranti Apple dan tampalkannya pada peranti lain dengan Papan Klip Universal. | Serahkan tugasan Mulakan tugas—seperti mencipta dokumen, menulis e-mel atau melayari web—pada satu peranti dan teruskan dari tempat anda berhenti pada peranti lain dengan Handoff. |
Kawal Mac dan iPad anda bersama Gunakan papan kekunci tunggal dan trackpad atau tetikus merentas iPad dan Mac anda dengan Kawalan Universal. Gunakan satu papan kekunci dan tetikus untuk mengawal Mac dan iPad | Strim ke skrin yang lebih besar Kongsi video, muzik, foto dan banyak lagi daripada iPhone atau iPad ke Mac anda atau daripada Mac anda ke TV. |
Jawab panggilan dan hantar mesej daripada Mac anda Sampaikan panggilan daripada iPhone anda dan hantar serta terima mesej pada Mac anda. | Kongsi Wi-Fi anda Sambungkan Mac anda ke internet menggunakan Hotspot Peribadi pada iPhone atau iPad (Wi-Fi + Cellular). Kongsi sambungan internet daripada iPhone atau iPad anda dengan Mac anda |
Masukkan lakaran, foto dan imbasan Ambil foto atau imbas dokumen dengan kamera iPhone atau iPad anda dan jadikannya kelihatan serta-merta pada Mac anda. Masukkan lakaran, foto dan imbasan daripada iPhone atau iPad pada Mac | Buka kunci Mac anda dengan Apple Watch Gunakan Apple Watch anda untuk membuka kunci Mac anda atau meluluskan permintaan pengesahan. Buka kunci Mac anda dan luluskan permintaan dengan Apple Watch |
Cara lain untuk menggunakan peranti anda bersama-sama
Ciri Kesinambungan bukanlah satu-satunya cara anda menggunakan Mac anda dengan peranti Apple lain anda. Anda juga boleh:
Nota: Untuk menggunakan Pencerminan iPhone, ia mesti tersedia di negara atau rantau anda. Pencerminan iPhone tidak tersedia pada masa ini di Kesatuan Eropah.