Semak jika pencetak berfungsi atau mempunyai masalah pada Mac
Ikon di sebelah nama pencetak menunjukkan status pencetak. Sebagai contoh, pencetak mungkin jeda, terhad, atau tidak tersedia.
Ikon | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pencetak ini dijedakan. Pencetak boleh dijedakan oleh masalah pencetak, atau sambungan yang terputus, atau pengguna lain. Jika anda mencetak padanya, anda akan ditanya sama ada melanjutkan dengan mencetak atau berbaris gilir untuk mencetak kemudian. Jika anda berbaris gilir, dokumen anda akan menunggu dalam baris gilir sehingga anda melanjutkan dengan mencetak. Anda mungkin mahu melakukan perkara ini jika anda tidak disambungkan ke pencetak pada masa ini. Apabila anda menyambung semula mencetak, dokumen mencetak secara automatik jika tiada sebarang isu lain. | |||||||||||
Anda memerlukan kata laluan untuk menggunakan pencetak ini. Jika anda tidak tahu kata laluan itu, hubungi pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan bantuan. | |||||||||||
Pencetak ini tidak diaktifkan atau disambungkan ke Mac anda. Pastikan pencetak dipasangkan ke salur kuasa elektrik, diaktifkan dan disambungkan ke port USB pada Mac anda atau disambungkan ke rangkaian Wi-Fi. | |||||||||||
Pencetak ini disetkan untuk dikongsi oleh pengguna lain. Jika komputer pengguna lain telah tutup atau dalam keadaan tidur, pencetak mungkin tidak tersedia. Lihat Kongsi sumber Mac anda apabila ia tidur. | |||||||||||
Pencetak mempunyai masalah yang perlu anda baiki. Contohnya, mungkin kertas tersekat atau memerlukan dakwat, toner atau kertas. |