
Masukkan lakaran dengan Lakaran Kesinambungan pada Mac
Anda boleh melukis lakaran menggunakan iPhone atau iPad anda yang berdekatan dan membolehkan lakaran kelihatan pada Mac anda dengan serta-merta, di tempat yang anda memerlukannya—sebagai contoh, dalam e-mel, mesej, dokumen, nota, atau folder.

Untuk menggunakan ciri Kesinambungan, peranti anda mesti mempunyai Wi-Fi dan Bluetooth diaktifkan dan memenuhi keperluan sistem. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk Kesinambungan pada Mac, iPhone, iPad dan Apple Watch.
Pada Mac anda, tempatkan penuding di tempat yang anda mahu memasukkan lakaran atau penanda.
Sebagai contoh, dalam dokumen, nota, atau e-mel.
Pilih Fail > Masukkan daripada iPhone atau iPad, kemudian pilih Tambah Lakaran.
Anda juga boleh Control-klik desktop atau folder dalam tetingkap Finder, pilih Import daripada iPhone atau iPad, kemudian pilih Tambah Lakaran.
Jika perintah tidak ditunjukkan dalam menu Fail, ia mungkin dalam menu lain (seperti menu Edit atau Masukkan), atau app yang anda gunakan mungkin tidak menyokong Lakaran Kesinambungan.
Pada iPhone atau iPad anda, lukis lakaran menggunakan jari anda; pada iPad, anda juga boleh menggunakan Apple Pencil.
Apabila anda sudah bersedia, ketik Selesai.
Pada Mac anda, lakaran muncul di tempat anda meletakkan penuding, atau jika anda memulakan daripada desktop atau folder, sebagai fail.
Bergantung pada tempat lakaran dimasukkan, anda boleh menandakannya atau melaraskan aspek lain, seperti menggunakan penapis atau menukarkan saiznya.