Benarkan penggunaan storan luaran dan boleh dikeluarkan
Sesetengah app dan tapak web boleh mengakses peranti storan luaran dan boleh dikeluarkan anda untuk memberikan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin mencipta fail sandaran pada peranti storan luaran.
Untuk membenarkan app atau tapak web menggunakan peranti storan luaran dan boleh dikeluarkan anda, klik Benarkan dalam dialog. Jika anda tidak mahu membenarkan penggunaan peranti storan luaran dan boleh dikeluarkan, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga menggunakan peranti storan luaran dan boleh dikeluarkan anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh menyemak dan menukar app serta tapak web yang boleh menggunakan peranti penyimpanan luaran dan boleh dikeluarkan dalam seting Storan.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Storan di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)