Benarkan penggunaan storan luaran dan boleh dikeluarkan
Sesetengah app dan tapak web boleh mengakses peranti storan luaran dan boleh dikeluarkan anda untuk memberikan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin mencipta fail sandaran pada peranti storan luaran.
Untuk membenarkan app atau tapak web menggunakan peranti storan luaran dan boleh dikeluarkan anda, klik OK dalam dialog. Jika anda tidak mahu membenarkan penggunaan peranti storan luaran dan boleh dikeluarkan, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga menggunakan peranti storan luaran dan boleh dikeluarkan anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh semak semula dan menukar seting privasi anda menggunakan anak tetingkap Privasi daripada keutamaan Keselamatan & Privasi.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Buka anak tetingkap Privasi untuk saya