Tukar seting Bilik Darjah pada Mac
Gunakan seting Bilik Darjah untuk memilih pilihan bagi menyertai kelas dan bagi memilih sama ada untuk membenarkan guru mengawal Mac anda, mengunci Mac anda, melihat skrin anda dan berkongsi skrin anda menggunakan AirPlay. Seting digunakan untuk semua kelas anda. Seting Bilik Darjah hanya kelihatan apabila anda menggunakan Mac yang diurus oleh sekolah atau institusi.
Untuk menukar seting ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Bilik Darjah dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Bilik Darjah untuk saya
Nota: Jika kelas anda dipasang oleh sistem pengurusan peranti mudah alih (MDM), anda tidak boleh menambah atau mengeluarkan kelas, atau menukar maklumat anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang dasar privasi Apple, lihat tapak web Dasar Privasi Apple.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jemputan | Tambah kelas baharu ke senarai kelas anda. Klik kelas dalam senarai di bawah Jemputan, klik Terima, masukkan kod yang diberikan oleh guru anda, kemudian klik Tambah Kelas. Apabila anda menambah kelas, anda boleh memilih pilihan untuk cara guru mengakses dan mengawal Mac anda—contohnya, sama ada mereka boleh mengunci Mac anda atau melihat skrin anda. Untuk melihat atau menukar akses guru, klik Pilihan. | ||||||||||
Kelas | Lihat senarai kelas yang anda telah tambah dan kelas yang anda dijemput untuk tambah. Kelas yang anda telah tambah disenaraikan di bawah Kelas. Kelas yang anda dijemput untuk tambah disenaraikan di bawah Jemputan. | ||||||||||
Keluarkan Kelas | Keluarkan kelas daripada senarai kelas anda. Klik kelas dalam senarai di bawah Kelas, klik Keluarkan Kelas, kemudian klik Keluarkan. Jika anda mengeluarkan kelas, anda mesti menambahnya semula sebelum anda boleh terus menyertainya. Jika anda mengeluarkan semua kelas, seting Bilik Darjah dikeluarkan daripada Mac anda dan Bilik Darjah tidak lagi tersedia dalam Seting Sistem. | ||||||||||
Maklumat Saya | Pilih nama dan gambar anda yang digunakan untuk kelas. Guru anda melihat nama dan gambar ini pada Mac atau iPad mereka.
Selepas anda mengklik gambar, anda boleh:
Anda boleh seret fail imej daripada Finder ke gambar berbanding mengklik gambar. | ||||||||||
Guru | Klik nama kelas untuk melihat nama dan gambar guru. | ||||||||||
Pilihan | Pilih seting untuk menyertai kelas dan membenarkan guru untuk mengakses Mac anda.
Selepas pilihan seting, klik Selesai. |