Tukar keutamaan Kelas Bilik Darjah pada Mac
Gunakan anak tetingkap Kelas daripada keutamaan Bilik Darjah untuk melihat senarai kelas anda, tambah atau keluarkan kelas dan tukar nama atau gambar anda.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bilik Darjah, kemudian klik Kelas (jika tersedia).
Nota: Jika kelas anda dipasang oleh sistem pengurusan peranti mudah alih (MDM), anda tidak boleh menambah atau mengeluarkan kelas, atau menukar maklumat anda.
Senarai Kelas | Senarai di sebelah kiri memaparkan kelas yang anda telah tambah dan kelas yang anda dijemput untuk tambah. Kelas yang anda telah tambah disenaraikan di bawah Kelas. Kelas yang anda dijemput untuk tambah disenaraikan di bawah Jemputan Kelas Baru. | ||||||||||
Tambah Kelas | Untuk menambah kelas, pilih kelas dalam senarai di sebelah kiri (di bawah Jemputan Kelas Baru), klik Tambah Kelas, masukkan kod yang diberikan oleh guru anda, kemudian klik Tambah Kelas. Apabila anda menambah kelas, guru boleh mengakses dan mengawal Mac anda—contohnya dengan membuka app, tapak web dan dokumen padanya. Untuk mengetahui cara mengehadkan akses guru ke Mac anda, lihat Tukar keutamaan Keizinan Bilik Darjah pada Mac. | ||||||||||
Keluarkan Kelas | Untuk mengeluarkan kelas, pilih kelas dalam senarai di sebelah kiri, klik Keluarkan Kelas, kemudian klik Keluarkan. Jika anda mengeluarkan kelas, anda mesti menambahnya semula sebelum anda boleh terus menyertainya. Jika anda mengeluarkan semua kelas, seting Bilik Darjah dikeluarkan daripada Mac anda dan Bilik Darjah tidak lagi tersedia dalam Keutamaan Sistem. | ||||||||||
Guru | Menunjukkan nama dan gambar guru untuk kelas yang dipilih di sebelah kiri. | ||||||||||
Maklumat Saya | Menunjukkan nama dan gambar anda. Guru anda melihat nama dan gambar ini pada Mac atau iPad mereka.
Selepas anda mengklik gambar, anda boleh:
Anda boleh seret dan lepas fail imej daripada Finder ke gambar berbanding mengklik gambar. |