
Cara menggunakan Siri pada Mac
Siri ialah pembantu pintar yang terbina dalam Mac anda untuk membantu anda menyelesaikan tugas. Selepas anda mengaktifkan Siri, anda boleh menggunakannya untuk melengkapkan tugas harian dengan suara anda atau dengan menaip permintaan kepada Siri. Lebih banyak anda menggunakan Siri, lebih Siri maklum perkara yang anda perlukan.
Berikut ialah beberapa contoh perkara yang anda boleh lakukan dengan Siri. Contoh tambahan kelihatan di sepanjang panduan. Mahu lebih banyak contoh? Tanya Siri sesuatu seperti, “Apa yang anda boleh lakukan?” Tanya Siri soalan tersebut semasa anda dalam sebarang app—contohnya, Mesej, Kalendar atau Peta—untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Siri boleh membantu.

Dapatkan maklumat
Minta Siri untuk mengeja atau menterjemah perkataan, melakukan pengiraan, mendapatkan maklumat daripada web dan banyak lagi.

Panggil, hantar mesej dan e-mel
Gunakan Siri dengan app Telefon, FaceTime, Mesej dan Mail untuk kekal berhubung dengan rakan dan keluarga, dekat dan jauh.
Minta Siri untuk membuat panggilan, menghantar mesej dan e-mel

Mainkan muzik dan podcast
Minta Siri untuk memainkan muzik dan podcast kegemaran anda serta mengawal main balik audio. Contohnya, minta Siri untuk memainkan, menjeda atau melangkau lagu.

Kawal peranti Apple dan aksesori rumah pintar
Kawal Mac dan peranti Apple lain anda hanya dengan suara anda. Anda juga boleh mengawal aksesori rumah pintar yang anda sediakan dalam app Rumah.
Minta Siri untuk mengawal peranti Apple dan aksesori rumah pintar anda

Gunakan Siri dengan app
Minta Siri untuk melengkapkan tindakan dalam app bagi membantu anda melengkapkan tugas harian. Contohnya, semasa anda sibuk menyediakan makan malam, minta Siri untuk menambah item ke senarai barang runcit anda.

Lakukan lebih banyak lagi dengan Apple Intelligence
Dengan Apple Intelligence, anda boleh menaipkan permintaan kepada Siri, mendapatkan jawapan untuk soalan tentang produk Apple anda, memanfaatkan kepakaran ChatGPT dan banyak lagi.
Lakukan lebih banyak lagi dengan Siri dan Apple Intelligence