Berhenti menggunakan Perkongsian Keluarga pada Mac
Jika anda ialah pengelola keluarga, anda boleh menghentikan Perkongsian Keluarga dan membubarkan kumpulan Perkongsian Keluarga dengan mengeluarkan diri anda daripada kumpulan. Selepas itu, setiap seorang yang berada dalam kumpulan anda mungkin boleh menyertai atau menyediakan kumpulan lain. Walau bagaimanapun, setiap seorang hanya boleh menyertai dua kumpulan keluarga setiap tahun. (Menyertai semula kumpulan keluarga atau mencipta yang baharu dikira pada had ini).
Jika kumpulan anda memasukkan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun (umur berbeza mengikut negara atau rantau), anda mesti memindahkan mereka ke kumpulan keluarga yang berbeza terlebih dahulu sebelum anda boleh berhenti Perkongsian Keluarga.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Keluarga dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat Keluarga, anda tidak menyediakan Perkongsian Keluarga.
Klik nama anda, klik Berhenti Menggunakan Perkongsian Keluarga, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda menghentikan Perkongsian Keluarga, ahli dapat menyimpan pembelian yang mereka mulakan dan dibayar menggunakan kad kredit dikongsi, tetapi hilang akses kepada perkara lain yang dikongsi keluarga dengan serta-merta.
Item ahli keluarga lain tidak lagi kelihatan dalam bahagian Dibeli daripada App Store dan app Muzik, atau bahagian Pembelian Keluarga daripada Apple Books.
Muzik, filem, rancangan TV, buku dan app dilindungi pengurusan hak digital (DRM) yang dibeli oleh seorang ahli keluarga pada asalnya dan dimuat turun oleh orang lain boleh digunakan oleh pembeli asalnya sahaja.
Pembelian dalam app menjadi tidak tersedia jika ia dibuat menggunakan app yang dibeli oleh orang lain pada asalnya. Ahli keluarga sebelumnya boleh mendapatkan semula akses kepada pembelian dalam app mereka dengan membeli app itu.
Lokasi peranti ahli keluarga tidak lagi kelihatan dalam app Cari pada Mac, iPhone atau iPad anda, atau di iCloud.com.