Jimatkan ruang storan apabila menyelaras pada Mac
Anda boleh menjimatkan ruang storan apabila menyelaraskan fail muzik atau video besar. Menjimatkan storan juga boleh membantu jika anda mengalami masalah menyelaraskan muzik atau video pada Mac.
Untuk maklumat lanjut, lihat Pengenalan kepada penyelarasan Mac dan peranti anda.
Sambungkan peranti anda kepada Mac anda.
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C atau sambungan Wi-Fi. Lihat Selaraskan kandungan antara Mac dan iPhone, iPad atau iPod touch anda melalui Wi‑Fi.
Klik
dalam Dock untuk membuka tetingkap Finder, kemudian pilih peranti dalam bar sisi Finder.
Jika anda menyambungkan peranti anda ke Mac anda menggunakan kabel USB dan tidak melihat peranti dalam bar sisi Finder, lihat artikel Sokongan Apple Jika komputer anda tidak mengecam iPhone atau iPad anda.
Dalam baris berdekatan bahagian atas, klik Umum, kemudian lakukan mana-mana yang berikut.
Selaraskan video definisi standard sahaja: Pilih “Utamakan video definisi standard”. Video definisi standard mengambil kurang storan daripada video definisi tinggi yang lebih besar.
Selaraskan [lagu] atau [video] ditandakan sahaja: Menyelaraskan hanya lagu atau video yang anda pilih dalam Muzik, Filem atau Rancangan TV. Pilihan ini hanya kelihatan apabila anda memilih “Kotak semak senarai lagu” dalam seting Umum dalam Apple Music atau memilih ”Kotak semak dalam pustaka” dalam seting Umum dalam app Apple TV.
Tukarkan muzik kepada kadar bit lebih rendah: Pilih “Tukarkan lagu dengan kadar bit lebih tinggi kepada”, kemudian pilih kadar bit daripada menu timbul. Ini mencipta fail yang lebih kecil dan menjimatkan ruang storan pada peranti anda. Muzik asal kekal dalam pustaka anda pada Mac anda.
Anda juga boleh menjimatkan storan dengan menyahaktifkan Penyelarasan Automatik (jika ia diaktifkan) dan menyelaraskan kandungan terpilih secara manual. Lihat Selaraskan kandungan antara Mac anda dan iPhone, iPad, atau iPod touch.
Klik Guna.
Sebelum memutuskan sambungan peranti anda daripada Mac anda, klik dalam bar sisi Finder.