Tukar cara penyelarasan berfungsi pada Mac
Anda boleh menukar cara penyelarasan berfungsi pada Mac anda. Gunakan butang Umum pada bar butang penyelarasan untuk memilih pilihan penyelarasan istimewa. Sebagai contoh, anda boleh menyelaraskan Mac dan iPhone serta iPad anda menggunakan sambungan Wi-Fi, setkan sama ada menyelaras secara automatik, aktifkan ciri Kebolehcapaian dan banyak lagi.
Lihat Gambaran keseluruhan untuk menyelaraskan Mac anda dan peranti anda.
Sambungkan peranti anda kepada Mac anda.
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C atau menggunakan sambungan Wi-Fi. Untuk mengaktifkan penyelarasan Wi-Fi, lihat Selaraskan kandungan antara Mac anda dan iPhone atau iPad anda menerusi Wi-Fi.
Dalam Finder pada Mac anda, pilih peranti dalam bar sisi Finder.
Jika anda menyambungkan peranti anda ke Mac anda menggunakan kabel USB dan tidak melihat peranti dalam bar sisi Finder, lihat Jika peranti anda tidak muncul dalam bar sisi semasa menyelaras.
Pilih Umum dalam bar butang.
Pilih mana-mana daripada berikut:
Utamakan video definisi standard: Pilih kotak semak ini untuk membolehkan Mac anda menyelaraskan video definisi standard yang lebih kecil sahaja. Video definisi yang lebih besar mengambil lebih banyak ruang dan peranti anda mungkin tidak berdaya memainkannya.
Selaraskan [lagu] atau [video] ditandakan sahaja: Pilih kotak semak ini untuk hanya menyelaraskan lagu atau video yang anda pilih dalam Muzik atau TV. Pilihan ini hanya muncul apabila anda mempunyai “Kotak semak senarai lagu” dipilih dalam keutamaan Umum dalam Muzik atau ”Kotak semak dalam pustaka” dipilih dalam keutamaan Umum dalam TV.
Tunjukkan [peranti] ini apabila menggunakan Wi-Fi: Pilih kotak sini ini untuk membenarkan peranti anda untuk bersambung ke Mac anda menggunakan Wi-Fi.
Selaraskan secara automatik apabila [peranti] ini disambungkan: Untuk menyelaras secara automatik apabila anda menyambungkan peranti anda, pilih kotak semak ini.
Uruskan muzik, filem dan rancangan TV secara manual: Pilih kotak semak ini untuk menyahaktifkan penyelarasan automatik untuk muzik, filem dan rancangan TV. Melakukan ini boleh membantu anda menjimatkan ruang pada peranti anda, kerana anda boleh memilih muzik, filem dan rancangan TV yang akan dipindahkan.
Tukar lagu kadar bit tinggi kepada: Untuk membenarkan ruang bagi lebih banyak lagu pada peranti anda, pilih kotak semak ini untuk menjadikan Mac anda menukarkan lagu dengan kadar bit lebih tinggi ke kadar bit yang lebih rendah yang mengambil kurang ruang storan pada peranti anda.
Konfigurasikan Kebolehcapaian: Klik butang ini untuk mengaktifkan ciri kebolehcapaian, termasuk VoiceOver, Sebut Teks Auto, pengezuman istimewa dan banyak lagi.
Set Semula Amaran: Klik butang ini untuk mengaktifkan semula mesej amaran yang anda nyahaktifkan sebelumnya.
Klik Guna.
Sebelum memutuskan sambungan peranti anda daripada Mac anda, klik butang Keluarkan dalam bar sisi Finder.