Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Dari kiri ke kanan, MacBook Pro, iMac dan MacBook Air dengan desktop berwarna-warni. Mac Studio di hujung sebelah kanan.

Mulakan dengan Mac anda

Anda boleh menyediakan dan mula menggunakan Mac baharu anda serta-merta. Pilih hias latar untuk desktop anda, tukar seting biasa, mula menggunakan app dan banyak lagi.

Ketahui cara memanfaatkan Mac baharu anda sepenuhnya

Desktop Mac dengan Finder ditunjukkan dan app Nota dibuka di hadapannya.

Bertukar daripada Windows ke Mac?

Jika anda bertukar ke Mac, mulakan di sini untuk membuat peralihan lancar. Ketahui cara menggunakan Mac, cara memindahkan fail anda daripada PC anda dan banyak lagi.

Ketahui cara membuat peralihan ke Mac baharu anda

Kandungan iCloud yang sama tersedia merentas berbilang peranti.

Gunakan Mac anda dengan peranti Apple lain

Mac anda berfungsi dengan semua peranti Apple lain anda dengan lancar. Lihat dan kawal iPhone anda terus daripada desktop Mac, salin dan tampal antara peranti dan banyak lagi.

Ketahui cara Mac anda berfungsi dengan peranti lain

Desktop Mac menunjukkan app Safari dibuka di belakang app Mail dengan carian untuk mesej.

Baharu dalam macOS 27

Dengan macOS 27, Mac anda lebih responsif, boleh dipercayai dan menarik untuk digunakan. Nikmati Apple Intelligence yang disepadukan dalam app harian anda, manfaatkan ciri keselamatan kanak-kanak baharu dan banyak lagi.

Ketahui tentang ciri baharu dalam macOS 27

Empat ikon mewakili Privasi & Keselamatan, app Kata Laluan, Kunci Laluan dan Privasi di Apple.

Kawal privasi dan keselamatan anda

Privasi dan keselamatan anda diutamakan. Mac anda termasuk alat terbina dalam untuk melindungi maklumat penting anda—daripada pengurusan kata laluan hingga pelayaran peribadi dan banyak lagi.

Ketahui cara memastikan Mac anda peribadi dan selamat

Ikon Sampah.

Terpadam kata laluan?

Ketahui cara untuk memulihkan kata laluan atau kunci laluan yang dipadamkan.

Pulihkan kata laluan yang terbaru dipadamkan

Ikon buku.

Kenali Mac anda

Anda mempunyai Mac baharu? Ketahui perkara asas untuk model anda.

Cari panduan Bermula untuk Mac anda

Ikon yang mewakili Apple Intelligence.

Apple Intelligence

Peribadi, sulit—dan diintegrasikan ke macOS.

Ketahui lebih lanjut tentang Apple Intelligence

Untuk meneroka Panduan Pengguna Mac, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan, lawati tapak web Sokongan macOS.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau. Apple Intelligence tersedia dengan Siri dan bahasa peranti disetkan kepada Bahasa Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Denmark, Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki atau Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia di semua rantau atau bahasa. Sesetengah peranti mungkin tidak tersedia di semua rantau. Siri AI tersedia dalam beta dalam iOS 27, iPadOS 27, macOS 27, watchOS 27 dan visionOS 27 serta memerlukan peranti yang didayakan Apple Intelligence disetkan kepada bahasa yang disokong. Tersedia dalam bahasa Inggeris untuk bermula. Siri AI pada mulanya tidak akan tersedia di EU pada iOS, iPadOS dan watchOS. Ciri Apple Intelligence tertentu yang bergantung pada model sisi pelayan tertakluk pada had penggunaan harian, termasuk tetapi tidak terhad kepada model Siri AI, Alat Pengeditan Foto Pintar, Image Playground dan Awan AFM 3 dalam Pintasan. Had harian mungkin berbeza mengikut ciri, kerumitan permintaan, permintaan sistem, dasar sistem dan faktor lain. Akses diperluas kepada ciri sedemikian akan tersedia dengan bayaran pada masa depan. Penggunaan ciri ini tertakluk pada Terma dan Syarat Apple Intelligence. Ketahui lebih lanjut di apple.com/my/apple-intelligence.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.