
Mainkan bunyi latar belakang pada Mac
Anda boleh membuatkan Mac anda memainkan bunyi latar belakang ambien—seperti ombak laut atau hujan—untuk membantu anda fokus atau berehat. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Bunyi Latar Belakang untuk membantu dengan tidur, fokus dan banyak lagi.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Kebolehcapaiandalam bar sisi, kemudian klik Audio. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Bunyi Latar Belakang, aktifkan “Bunyi latar belakang”, kemudian setkan mana-mana daripada berikut:
Bunyi latar belakang: Klik Pilih, kemudian klik nama bunyi yang anda mahu setkan sebagai bunyi latar belakang.
Klik
bersebelahan nama bunyi untuk memuat turun versi bunyi berkualiti tinggi ke Mac anda. Anda mesti disambungkan ke internet.
Untuk mengeluarkan bunyi yang dimuat turun, klik
bersebelahan nama bunyi, kemudian klik Keluarkan. Sampel bunyi kekal tersedia untuk digunakan sebagai bunyi latar belakang.
Kelantangan bunyi latar belakang: Seret gelangsar untuk menaikkan atau menurunkan kelantangan bunyi latar belakang.
Penyama: Klik Pilih, kemudian aktifkan Penyama untuk melaraskan kelantangan julat frekuensi berbeza.
Ton: (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Pilih Luas untuk mendengar julat frekuensi yang lebih luas dengan bunyi yang lebih kaya. Pilih Fokus untuk mendengar julat frekuensi tertentu dengan kurang gangguan audio.
Imbangan: Seret gelangsar ke kiri atau kanan untuk melaraskan imbangan bunyi.
Pemasa: Klik Pilih, kemudian setkan pemasa untuk berhenti memainkan bunyi latar belakang pada masa tertentu atau selepas tempoh masa tertentu.
Nyahaktifkan bunyi latar belakang semasa Mac anda tidak digunakan: Aktifkan untuk menyenyapkan bunyi latar belakang secara automatik apabila Mac anda dalam mod tidur, penyelamat skrin aktif atau skrin dikunci.
Seting Bunyi: Laraskan kelantangan Mac anda dalam seting Bunyi.
Petua: Anda juga boleh memainkan bunyi latar belakang terus daripada desktop dengan menambah pilihan Pendengaran ke bar menu atau Pusat Kawalan. Pilih menu Apple dalam bar sisi, klik Tambah Kawalan, klik Pendengaran, kemudian pilih Tambah ke Pusat Kawalan atau Tambah ke Bar Menu di bawah Kebolehcapaian Pendengaran (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Klik
dalam bar menu atau dalam Pusat Kawalan untuk memulakan dan menghentikan bunyi latar belakang, menukar bunyi yang dimainkan dan melaraskan kelantangan.