Kawal privasi anda pada Mac
Privasi ialah perkara penting apabila menggunakan app yang bertukar maklumat merentasi internet. macOS menyertakan ciri keselamatan untuk meningkatkan privasi anda dan mengawal jumlah maklumat yang terdedah tentang anda dan Mac anda di internet.
Gunakan Masa Skrin
Anda boleh menggunakan Masa Skrin untuk memantau penggunaan komputer anak anda dan mengehadkan akses mereka ke tapak web. Lihat Apakah Masa Skrin?
Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrin dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Gunakan ciri privasi dalam Safari
Safari memberikan pelbagai ciri untuk membantu anda mengawal privasi anda di internet. Anda boleh layari secara peribadi, supaya Safari tidak menyimpan rekod tapak web yang anda lawati atau item yang anda telah muat turun. Anda boleh melihat Laporan Privasi untuk melihat orang yang disekat daripada menjejaki anda. Anda boleh membenarkan atau menyekat tetingkap timbul, mengosongkan kuki pada Mac anda dan banyak lagi.
Nota: Jika anda mempunyai Mac dengan M1 atau lebih baharu, anda boleh melihat laporan Apple Intelligence pada Mac anda untuk melihat cara data anda diproses. Lihat Cipta laporan privasi Apple Intelligence.
Kawal maklumat peribadi yang anda berkongsi dengan app
Perkhidmatan Lokasi membolehkan app seperti pelayar web, mengumpul dan menggunakan maklumat berdasarkan lokasi anda. Anda boleh mematikan sepenuhnya Perkhidmatan Lokasi, atau boleh memilih app mana yang boleh melihat maklumat tentang lokasi anda.
Sesetengah app mungkin mengumpul dan menggunakan maklumat daripada kenalan, foto, kalendar, atau peringatan anda. Sesetengah app mungkin mengakses mikrofon atau kamera pada Mac anda.
Lihat topik yang berikut:
Pilih sama ada untuk berkongsi maklumat analitis
Anda juga boleh membantu Apple meningkatkan kualiti dan prestasi produk dan perkhidmatannya. macOS boleh mengumpul maklumat analitis daripada Mac anda secara automatik dan menghantarnya ke Apple untuk dianalisis. Maklumat dihantar hanya dengan persetujuan anda dan dihantar secara tanpa nama ke Apple. Lihat Kongsi maklumat analitis daripada Mac anda dengan Apple.
Untuk memilih sama ada data analitis dihantar ke Apple, gunakan seting Privasi & Keselamatan.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi, kemudian klik Analitis & Peningkatan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Sediakan firewall
Anda boleh menggunakan firewall untuk melindungi privasi dengan menyekat komunikasi rangkaian yang tidak diingini dengan Mac anda. Jika firewall aktif, anda boleh juga menggunakan “mod selinap” yang menghalang Mac anda daripada ditemui oleh orang lain di web. Lihat Sekat sambungan ke Mac anda dengan firewall.
Untuk menyediakan dan menyesuaikan firewall anda, gunakan seting Rangkaian.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Rangkaian dalam bar sisi, kemudian klik Firewall. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)