
Jika Mac baharu anda “mewarisi” sejarah sandaran anda
Anda boleh mengalih sejarah sandaran daripada satu Mac kepada yang lain, tetapi selepas Mac baharu “mewarisi” sejarah sandaran, anda tidak akan dapat menggunakan sejarah sandaran pada komputer asal.
Anda diminta untuk menentukan sama ada anda inginkan Mac baharu mewarisi sandaran jika anda melakukan mana-mana daripada berikut:
Gunakan Pembantu Penghijrahan untuk memindahkan seting anda dari Mac lama kepada yang baharu.
Gunakan Pembantu Penghijrahan untuk memindahkan seting anda dari sandaran Time Machine dari Mac lama kepada yang baharu.
Klon cakera yang anda gunakan untuk memulakan Mac anda, atau alihkannya secara fizikal dari Mac lama kepada yang baharu.
Gantikan papan logik komputer anda.
Jika anda menggantikan Mac lama dan inginkan Mac yang baharu menggunakan sandaran daripada yang lama, klik Warisi Sandaran.
Jika anda merancang untuk terus menggunakan Mac lama anda, klik Ciptakan Sandaran Baharu untuk memelihara sejarah sandaran dan memulakan sandaran berasingan untuk Mac baharu anda.