Sediakan perkongsian fail SMB pada Mac
Anda boleh menggunakan protokol Sekat Mesej Pelayan (SMB) untuk berkongsi fail pada Mac anda.
Aktifkan perkongsian fail SMB
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Perkongsian. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Di bawah Kandungan & Media, klik bersebelahan Perkongsian Fail.
Aktifkan Perkongsian Fail.
Klik Pilihan, kemudian aktifkan “Kongsi fail dan folder menggunakan SMB”.
Jika anda berkongsi fail dengan pengguna Windows, di bawah Perkongsian Fail, pilih kotak semak Aktifkan untuk setiap pengguna yang perlu berkongsi fail dengan komputer Windows, kemudian masukkan kata laluan untuk setiap akaun pengguna tersebut.
Klik Selesai.
Nyahaktifkan perkongsian fail SMB
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Perkongsian. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Di bawah Kandungan & Media, klik bersebelahan Perkongsian Fail.
Klik Pilihan, kemudian nyahaktifkan “Kongsi fail dan folder menggunakan SMB”.
Di bawah Perkongsian Fail Windows, nyahpilih mana-mana kotak semak yang dipilih.
Klik Selesai.
Oleh kerana kata laluan bagi sesetengah pengguna Windows disimpan secara kurang selamat, anda digalakkan untuk menyahpilih kotak semak Aktifkan bersebelahan setiap akaun apabila ia tidak digunakan. Lakukan ini sebelum anda menyahaktifkan perkongsian fail pada Mac anda. Jika tidak, kata laluan masih aktif dan disimpan dalam keadaan yang kurang selamat.