Sesuaikan bar alat Finder pada Mac
Anda boleh memilih alat yang anda mahu tersedia apabila bekerja dengan fail dan folder dalam tetingkap Finder.
Pada Mac anda, klik dalam Dock untuk membuka tetingkap Finder.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Sembunyi atau tunjukkan bar alat: Pilih Paparan > Sembunyikan Bar Alat, atau Paparan > Tunjukkan Bar Alat, dalam bar menu.
Menyembunyikan bar alat juga menyembunyikan bar sisi Finder dan mengalihkan bar status daripada bahagian bawah tetingkap ke bahagian atas.
Saiz semula bar alat: Jika anda melihat di penghujung kanan bar alat, bermakna tetingkap terlalu kecil untuk menunjukkan semua item bar alat. Besarkan tetingkap atau klik untuk melihat item yang lain.
Tukar item yang ada dalam bar alat: Pilih Paparan > Sesuaikan Bar Alat dalam bar menu. Anda boleh seret item ke dalam dan keluar bar alat, tambah ruang antara item dan pilih sama ada untuk menunjukkan teks dengan ikon.
Atur semula item dalam bar alat: Tekan dan tahan kekunci Command, kemudian seret item ke lokasi baharu.
Tambah fail atau app: Tekan dan tahan kekunci Command, kemudian seret item ke bar alat Finder sehingga anda lihat tanda tambah hijau.
Keluarkan item: Tekan dan tahan kekunci Command, kemudian seret item keluar dari bar alat.
Untuk menukar seting Finder lain, pilih Finder > Seting. Lihat Tukar seting Finder.