
Sediakan stesen pangkalan AirPort pada Mac
Sediakan AirPort Express, AirPort Extreme, atau AirPort Time Capsule untuk berkongsi akses internet jalur lebar anda dengan komputer wayarles pada rangkaian anda dan kongsi pencetak USB.
Anda juga boleh sediakan AirPort Express anda untuk memainkan muzik pada stereo atau speaker aktif anda menggunakan AirPlay.
Sambungkan kabel yang sesuai ke stesen pangkalan:
Sambung ke internet: Sambungkan kabel Ethernet daripada DSL atau modem kabel anda ke port WAN Ethernet pada stesen pangkalan anda.
Kongsi pencetak USB: Sambungkan kabel USB daripada pencetak USB serasi ke port USB pada stesen pangkalan anda.
Gunakan AirPlay untuk mainkan muzik menerusi AirPort Express: Sambungkan kabel audio daripada stereo anda ke mini jek audio pada AirPort Express anda.
Pasangkan palam kuasa peranti anda ke dalam salur kuasa elektrik.
Pada Mac anda, klik ikon status Wi-Fi
dalam bar menu dan pilih peranti itu.
Utiliti AirPort dibuka.
Dalam Utiliti AirPort, ikuti arahan atas skrin untuk menyediakan peranti wayarles anda.
AirPort Express serasi dengan speaker berkuasa yang disambungkan ke jek mini audio. Anda tidak boleh menggunakan speaker berkuasa USB dengan AirPort Express.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AirPort, buka Utiliti AirPort, kemudian pilih Bantuan > Bantuan Utiliti AirPort.
Buka Utiliti AirPort untuk saya