Sediakan Windows untuk berkongsi fail dengan pengguna Mac
Selepas komputer anda disambungkan ke SAN, volum Xsan kekal dilekapkan pada komputer anda sehingga anda atau pentadbir mengeluarkan profil konfigurasi Xsan (walaupun anda mendaftar keluar daripada macOS atau mula semula Mac anda).
Sediakan perkongsian pada komputer Windows 7, Windows 8 atau Windows 10.
Untuk berkongsi folder, klik kanan ikon folder, kemudian pilih "Kongsi dengan." Pilih “Kenalan tertentu,” kemudian ikuti arahan pada skrin.
Anda mungkin perlu menyahaktifkan Sambungan Internet Tembok Api dalam anak tetingkap Lanjutan dari properti peranti. Jika anda tidak boleh menyahaktifkan Tembok Api Sambungan Internet, pastikan TCP port 445 terbuka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, rujuk kepada bantuan manual dan pada skrin yang disertakan dengan komputer Windows.
Anda mungkin perlu memulakan semula komputer Windows selepas menyediakannya.
Jika anda tidak pernah menyediakan komputer Windows untuk perkongsian, buka Pusat Rangkaian dan Perkongsian, kemudian ikut arahan pada skrin untuk menyediakan rangkaian baharu.
Sediakan perkongsian pada komputer Windows XP atau Windows Vista
Untuk berkongsi folder, klik kanan ikon folder, kemudian pilih Properti. Klik tab Kongsi dan ikut arahan pada skrin.
Anda mungkin perlu menyahaktifkan Sambungan Internet Tembok Api dalam anak tetingkap Lanjutan dari properti peranti. Jika anda tidak boleh menyahaktifkan Tembok Api Sambungan Internet, pastikan TCP port 445 terbuka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, rujuk kepada bantuan manual dan pada skrin yang disertakan dengan komputer Windows.
Anda mungkin perlu memulakan semula komputer Windows selepas menyediakannya.
Jika anda tidak pernah menyediakan komputer Windows untuk perkongsian, buka Tempat Rangkaian Saya, kemudian ikut arahan pada skrin untuk menyediakan rangkaian rumah atau pejabat kecil.
Cari maklumat yang pengguna Mac perlukan untuk bersambung ke komputer Windows
Pengguna Mac memerlukan alamat rangkaian untuk komputer Windows, nama kumpulan kerja dan nama pengguna dan kata laluan untuk folder dikongsi.
Untuk mencari maklumat ini pada komputer Windows 10:
Untuk nama kumpulan kerja komputer dan nama komputer, masukkan “lihat maklumat asas” dalam medan cariansearch bersebelahan butang Mula, kemudian pilih hasil panel Kawalan.
Untuk nama akaun pengguna tersedia pada komputer, masukkan “lihat maklumat asas” dalam medan carian bersebelahan butang Mula, pilih hasil panel Kawalan, kemudian klik “Urus akaun lain.”
Untuk alamat Protokol Internet (IP), klik ikon Wi-Fi dalam dulang sistem, klik seting Rangkaian, kemudian klik pilihan Lanjutan; alamat IP disenaraikan sebagai alamat IPv4.
Untuk mencari maklumat ini pada komputer Windows 7 atau Windows 8:
Untuk mendapatkan nama kumpulan kerja komputer dan nama komputer, buka Panel Kawalan > Sistem dan Keselamatan > Sistem.
Untuk nama akaun pengguna yang tersedia pada komputer, buka Panel Kawalan > Keselamatan Akaun Pengguna dan Keluarga > Akaun Pengguna.
Untuk alamat Protokol Internet (IP), buka Pusat Rangkaian dan Perkongsian, klik Lihat Sambungan Rangkaian, kemudian pilih sambungan rangkaian aktif. Dalam bar alat, klik ″Lihat status sambungan ini” (anda mungkin perlu klik >> untuk melihat semua pilihan bar alat). Klik Butiran; alamat IP berada dalam lajur Nilai bersebelahan “Alamat IPv4.”
Untuk mencari maklumat ini pada komputer Windows XP atau Windows Vista:
Untuk mendapatkan nama kumpulan kerja komputer dan nama komputer, buka panel kawalan Sistem, kemudian klik tab Nama Komputer.
Untuk nama akaun pengguna yang tersedia pada komputer, buka panel kawalan Akaun Pengguna.
Untuk alamat Protokol Internet (IP), lihat dalam anak tetingkap Butiran dalam Penjelajah. Anda mungkin perlu membuka panel kawalan Sambungan Rangkaian dan memilih sambungan yang anda gunakan. Maklumat muncul dalam bar Penjelajah.
Untuk arahan terperinci tentang menyambung ke komputer Windws daripada Mac ,lihat Sambung ke komputer Windows daripada Mac.