Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ketahui jika Mac anda boleh membakar cakera pada pemacu optik
Anda boleh menyambungkan dan menggunakan cakera optik luaran (sebagai contoh, Apple USB SuperDrive) untuk memainkan dan membakar CD & DVD.
Untuk mengetahui sama ada Mac anda boleh membakar CD dan DVD dan jenis yang ia boleh bakar, lihat Laporan Sistem dalam seting Perihal.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Umumdalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Perihal di sebelah kanan, kemudian klik Laporan Sistem.
Klik Pembakaran Cakera, kemudian semak maklumat untuk pemacu optik.