Jika Mac anda tidak bertindak balas pada penekanan kekunci
Jika Mac anda tidak memberi maklum balas apabila anda menekan kekunci pada papan kekunci, atau jika menekan sesetengah kekunci memberikan hasil yang bukan diharapkan, cuba perkara berikut.
Jika tiada kekunci yang berfungsi pada papan kekunci luaran
Jika anda menggunakan papan kekunci wayarles Bluetooth®, pastikan ia diaktifkan dan dicas, serta Bluetooth diaktifkan. Cuba putuskan sambungan Bluetooth papan kekunci dan sambungkannya semula.
Putuskan sambungan dan sambung semula papan kekunci secara fizikal. Pastikan penyambung dimasukkan sepenuhnya ke dalam port.
Sambungkan papan kekunci anda ke port berlainan atau ke Mac berlainan. Jika ini menyelesaikan masalah, Mac anda mungkin perlu dibaiki. Hubungi Apple atau Pembekal Perkhidmatan Sah Apple untuk servis. Pembaikan yang dilakukan oleh individu yang tidak dilatih atau menggunakan bahagian Apple yang tidak asli mungkin mempengaruhi keselamatan dan fungsi peranti.
Sambungkan papan kekunci berlainan ke Mac ini. Jika ini menyelesaikan masalah, anda mungkin perlu membawa papan kekunci anda untuk servis.
Jika tiada kekunci berfungsi pada papan kekunci terbina dalam komputer riba Mac anda
Mac anda mungkin menunjukkan amaran bateri lemah yang anda tidak boleh lihat. Sambungkan Mac anda ke salur kuasa elektrik atau sambungkan papan kekunci luaran ke Mac anda untuk melihat isyarat.
Jika kekunci Keluarkan Media atau kekunci Caps Lock tidak berfungsi
Cuba tahan terus kekunci lebih lama. Kekunci ini ditundakan sedikit bagi mencegah tindak balas serta-merta jika ditekan secara tidak sengaja. Tekan dan tahan kekunci Keluarkan Media sehingga ikon Keluarkan Media muncul di skrin serta tekan dan tahan kekunci Caps Lock sehingga lampu penunjuk kekunci hidup.
Jika kekunci lain tidak berfungsi
Anda mungkin telah menetapkan pilihan secara tidak sengaja yang menukar cara papan kekunci beroperasi.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Papan Kekunci (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Pastikan Kekunci Perlahan dinyahaktifkan. Jika Kekunci Perlahan diaktifkan, anda mesti menekan dan menahan kekunci lebih lama daripada biasa sebelum ia dapat dicam.
Pilih menu Apple > Sistem Seting, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Kawalan Penuding (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Pastikan Kekunci Tetikus dinyahaktifkan.
Buka seting Kawalan Penuding untuk saya
Atau tekan Option-Command-F5 untuk membuka panel Pintasan Kebolehcapaian, kemudian nyahpilih Kekunci Tetikus.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Pergi ke Input Teks, klik Edit, kemudian aktifkan “Tunjukkan menu Input dalam bar menu”. Buka menu Input, kemudian pastikan tataletak papan kekunci yang betul dipilih.
Petua: Jika papan kekunci fizikal anda tidak berfungsi seperti yang dijangka, anda boleh memaparkan papan kekunci pada skrin dan mengklik kekunci menggunakan tetikus atau trackpad anda. Lihat Gunakan Pemapar Papan Kekunci.