Gunakan kunci keselamatan untuk pengesahan dua faktor pada Mac
Perihal kunci keselamatan
Kunci Keselamatan untuk Akaun Apple ialah ciri keselamatan lanjutan pilihan yang direka bentuk untuk orang (seperti selebriti, wartawan dan pekerja kerajaan) yang mahukan perlindungan tambahan daripada serangan disasarkan, termasuk pemalsuan dan penipuan kejuruteraan sosial. Kunci keselamatan ialah peranti perkakasan pihak ketiga kecil yang anda boleh gunakan untuk mengesahkan identiti anda apabila mendaftar masuk ke Akaun Apple anda. Ia menggantikan kod pengesahan enam digit yang dihantar kepada anda melalui mesej teks atau dijanakan melalui salah satu peranti anda.
Disebabkan anda menggunakan kunci fizikal sebagai sebahagian daripada proses daftar masuk, kunci keselamatan ialah pengesahan dua faktor yang lebih kukuh. Ia juga boleh menghalang penyerang lanjutan daripada mendapatkan maklumat anda dalam penipuan pemalsuan.
Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang kunci keselamatan, lihat artikel Sokongan Perihal Kunci Keselamatan untuk Akaun Apple.
Sediakan kunci keselamatan
Anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya dua kunci keselamatan supaya anda boleh menggunakan salah satu sebagai sandaran sekiranya satu lagi hilang, rosak atau dicuri. Anda boleh memasangkan sehingga enam kunci dengan akaun anda.
Penting: Apabila anda menggunakan Kunci Keselamatan untuk Akaun Apple, anda memerlukan peranti dipercayai atau kunci keselamatan untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dan membuat perubahan pada akaun anda. Jika anda kehilangan semua peranti dipercayai dan kunci keselamatan, anda mungkin dikunci keluar daripada akaun anda secara kekal.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon anda, kemudian masukkan kata laluan anda.
Klik Daftar Masuk & Keselamatan, kemudian klik Pengesahan Dua Faktor.
Pergi ke Kunci Keselamatan, kemudian klik Sediakan.
Ikuti arahan atas skrin.
Anda mungkin perlu mengemas kini peranti anda ke versi terkini macOS, iOS atau iPadOS, atau mendaftar keluar daripada peranti tidak aktif.
Gunakan kunci keselamatan untuk mendaftar masuk
Apabila digesa, gunakan kunci keselamatan anda dengan memasukkan, menyentuh atau mengkliknya, atau dengan membawanya hampir dengan peranti (bergantung pada jenis kunci).
Ikuti arahan atas skrin.
Tambah atau keluarkan kunci keselamatan
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon anda, kemudian masukkan kata laluan anda.
Klik Daftar Masuk & Keselamatan, kemudian klik Pengesahan Dua Faktor.
Pergi ke Kunci Keselamatan, kemudian klik Tambah.
Lakukan satu daripada berikut:
Tambah kunci keselamatan lain: Klik Tambah Kunci Keselamatan, kemudian ikut arahan atas skrin. (Anda boleh menambah sehingga enam kunci keselamatan.)
Keluarkan kunci keselamatan: Klik kunci keselamatan yang anda mahu keluarkan, kemudian klik Keluarkan Kunci. (Anda mesti sentiasa mempunyai sekurang-kurangnya dua kunci keselamatan.)
Keluarkan semua kunci keselamatan anda: Klik Keluarkan Semua Kunci, kemudian klik Keluarkan.
Nota: Jika anda mengeluarkan semua kunci keselamatan anda daripada Akaun Apple anda, akaun anda kembali menggunakan kod pengesahan enam digit untuk pengesahan dua faktor.