Gunakan seting Had App dalam Masa Skrin untuk mengesetkan had masa bagi app dan tapak web.
Untuk menukar seting ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrin dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Klik menu timbul Ahli Keluarga dan pilih ahli keluarga (jika anda ialah ibu bapa/penjaga dalam kumpulan Perkongsian Keluarga), kemudian klik Had App.
Jika anda tidak melihat Had App, anda perlu mengaktifkan Masa Skrin untuk ahli keluarga yang dipilih.
Lihat status had app, aktifkan atau nyahaktifkan had app dan lihat senarai had semasa.
Jika anda menyahaktifkan had app, sebarang had yang anda sediakan disimpan, tetapi ia tidak digunakan sehingga anda mengaktifkan had app semula.
Tambah Had
Cipta had masa baharu untuk app, kategori, atau tapak web.
Klik Tambah Had, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut dalam senarai “Cipta had app baharu”:
Lihat senarai app dalam kategori: Klik bersebelahan kategori.
Hadkan app individu: Taipkan nama app dalam medan carian, kemudian pilih kotak semak bersebelahan app dalam senarai.
Hadkan semua app dalam kategori: Pilih kotak semak bersebelahan kategori dalam senarai.
Hadkan semua app dan kategori: Pilih kotak semak bersebelahan kategori Semua App & Kategori dalam senarai.
Hadkan tapak web: Klik bersebelahan Tapak Web kategori di bahagian bawah senarai, klik , kemudian masukkan URL untuk tapak web.
Setkan had masa:
Gunakan had masa yang sama setiap hari: Pilih Setiap Hari, kemudian masukkan jumlah masa.
Gunakan had masa berlainan setiap hari: Pilih Tersuai, klik Edit, kemudian masukkan jumlah masa untuk setiap hari dalam minggu.
Edit
Tukar jumlah masa yang dibenarkan untuk had, tukar app dan kategori yang menggunakan had dan keluarkan had.
Tukar had masa: Alihkan penuding ke atas had dalam senarai, klik Edit, tukar had masa, kemudian klik Selesai.
Tukar app dan kategori yang disertakan dalam had: Alihkan penuding ke atas had dalam senarai, klik Edit, kemudian klik Edit App. Pilih atau nyahpilih kotak semak bersebelahan app dan kategori. Klik bersebelahan kategori untuk mendedahkan app dalam kategori. Klik Selesai apabila anda selesai.
Keluarkan had: Alihkan penuding ke atas had dalam senarai, klik Edit, klik Keluarkan Had, kemudian klik Keluarkan Had.