Benarkan app menggunakan maklumat peringatan anda
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan maklumat peringatan anda untuk menyediakan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin menggunakan maklumat peringatan anda untuk membantu anda menyediakan peringatan. Lihat Kawal akses ke peringatan anda.
Untuk membenarkan app atau tapak web menggunakan maklumat daripada peringatan anda, klik Benarkan dalam dialog. Jika anda tidak mahu membenarkan penggunaan maklumat peringatan anda, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan maklumat peringatan anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh menyemak dan menukar app serta tapak web yang boleh menggunakan maklumat peringatan anda dalam seting Privasi & Keselamatan.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi, kemudian klik Peringatan di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)