Gunakan seting Pindahkan atau Reset pada Mac
Gunakan seting Pindahkan atau Reset untuk membuka Pembantu Penghijrahan atau Pembantu Padam. Pembantu Penghijrahan membolehkan anda memindahkan dokumen, app, akaun pengguna dan seting anda ke Mac anda daripada Mac atau PC lain, atau daripada sandaran Time Machine. Pembantu Padam membolehkan anda memadam semua kandungan dan seting pada Mac anda dengan selamat. Untuk membuka Pembantu Padam, klik butang Padam Semua Kandungan dan Seting dalam seting Pindahkan atau Reset.
Untuk membuka seting Pindahkan atau Reset, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian klik Pindahkan atau Reset di sebelah kanan.
Buka seting Pindahkan atau Reset untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Buka Pembantu Penghijrahan | Gunakan Pembantu Penghijrahan untuk memindahkan fail daripada peranti lain ke Mac anda. Lihat Pindahkan maklumat anda ke Mac daripada komputer atau peranti lain. |
Padam Semua Kandungan dan Seting | Buka Pembantu Padam dan padamkan semua fail dan seting pada Mac anda. Lihat Apakah yang Pembantu Padam lakukan? |