Tukar resolusi paparan Mac anda
Resolusi paparan anda menentukan saiz teks dan objek pada skrin anda. Secara lalai, Mac anda menggunakan resolusi terbaik untuk paparan secara automatik. Walaupun ia terbaik untuk menggunakan resolusi lalai, anda boleh setkan resolusi menjadikan teks dan objek muncul lebih besar pada skrin anda, atau laraskannya menjadikan teks dan objek muncul lebih kecil supaya anda mempunyai lebih ruang pada skrin anda secara manual.
Setkan resolusi untuk paparan utama anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Paparan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pilih resolusi.
Jika anda melihat paparan imej kecil resolusi yang tersedia, alihkan penuding di atas imej kecil untuk melihat saiz resolusi, kemudian klik saiz yang anda mahukan.
Untuk melihat resolusi yang tersedia sebagai senarai, Control-klik paparan imej kecil dan pilih Tunjukkan Senarai. Kemudian klik resolusi yang anda mahukan.
Untuk bertukar kembali ke paparan imej kecil, Control-klik paparan senarai dan pilih Tunjukkan Imej Kecil.
Untuk sentiasa melihat resolusi yang tersedia sebagai senarai, klik Lanjutan, kemudian aktifkan “Tunjukkan resolusi sebagai senarai”.
Setkan resolusi untuk paparan disambungkan
Jika anda mempunyai lebih daripada satu paparan, pilihan resolusi tambahan tersedia selepas paparan lain disambungkan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Paparan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pilih paparan yang anda mahu laraskan, kemudian pilih resolusi yang anda mahu gunakan.
Anda mungkin boleh mengaktifkan “Tunjukkan semua resolusi” untuk melihat resolusi tambahan bagi paparan.
Bergantung pada bagaimana anda laraskan resolusi, sesetengah tetingkap app mungkin tidak muat sepenuhnya pada skrin. Menggunakan resolusi berskala mungkin menjejaskan prestasi.