Zum masuk dan keluar pada perkara atas skrin pada Mac
Anda boleh mengezum masuk dan keluar pada skrin menggunakan pintasan papan kekunci, menskrol pada tetikus atau trackpad anda, atau mengetik pada trackpad anda dan menyesuaikan cara kawasan zum kelihatan.
Petua: Anda juga boleh melihat versi teks pada skrin yang lebih besar apabila anda mengalihkan penuding di atasnya. Lihat Gunakan Teks Terapung.
Gunakan pintasan papan kekunci untuk zum
Anda boleh mengezum masuk dan keluar dengan menekan kekunci pada papan kekunci anda.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Zum di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan “Gunakan pintasan papan kekunci untuk zum”.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Zum masuk: Tekan Option-Command-Tanda Sama (=).
Zum keluar: Tekan Option-Command-Tanda Tolak (-).
Bertukar antara dizum masuk dan dizum keluar dengan cepat: Tekan Option-Command-8.
Skrol untuk zum
Anda boleh mengezum masuk dan keluar dengan menekan kekunci pada papan kekunci anda dan menskrol pada tetikus atau trackpad anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Zum di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan “Gunakan gerak isyarat skrol dengan kekunci pengubah suai untuk zum”.
Klik menu timbul “Kekunci pengubah suai untuk gerak isyarat skrol”, kemudian pilih kekunci pengubah suai (Control, Option, atau Command).
Untuk mengezum, tekan dan tahan kekunci pengubah suai yang ditentukan dan skrol menggunakan trackpad atau tetikus anda.
Ketik untuk zum
Anda boleh mengezum masuk dan keluar dengan mengetik pada trackpad anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Zum di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan “Gunakan gerak isyarat trackpad untuk zum”.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Bertukar antara dizum masuk dan dizum keluar dengan cepat: Dwiketik trackpad dengan tiga jari.
Zum masuk dan keluar secara berkala: Dwiketik trackpad dengan tiga jari dan seret.
Tukar gaya, saiz dan lokasi kawasan zum
Anda boleh menyesuaikan berapa banyak skrin yang anda mahu zum dan tempat kawasan zum kelihatan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Zum di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik menu timbul “Gaya zum”, kemudian pilih cara anda mahu zum untuk kelihatan atas skrin:
Skrin Penuh: Zum memenuhi keseluruhan skrin.
Jika anda menggunakan lebih daripada satu paparan, anda boleh zum setiap paparan secara bebas tanpa menjejaskan zum pada paparan lain anda. Untuk menunjukkan versi dizum kandungan daripada satu paparan pada paparan kedua, klik Pilih Paparan, kemudian pilih paparan kedua.
Skrin Terpisah: Zum ditunjukkan pada satu pinggir skrin.
Gambar dalam Gambar: Zum ditunjukkan dalam kotak di sekitar lokasi penuding.
Jika anda memilih zum Skrin Terpisah atau Gambar dalam Gambar, anda boleh menukar saiz dan lokasi tetingkap zum. Klik Saiz dan Lokasi, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Untuk Skrin Terpisah: Seret bar pemisah untuk mensaiz semula tetingkap zum. Untuk menempatkan semula tetingkap, seret tetingkap ke pinggir lain skrin. Apabila anda bersedia, klik OK.
Untuk Gambar dalam Gambar: Seret pinggir atau penjuru tetingkap zum untuk mensaiznya semula. Untuk menempatkan semula tetingkap, seret tetingkap ke lokasi baharu. Apabila anda bersedia, klik OK.
Anda boleh mengesetkan pilihan lanjutan tambahan untuk gaya zum yang anda pilih.
Anda boleh menggunakan Pintasan Kebolehcapaian untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Zum dengan cepat.
Anda boleh menggunakan tetikus atau trackpad anda untuk zum masuk pada PDF, halaman web dan imej menggunakan gerak isyarat seperti mengetik atau mencubit. Lihat Artikel Sokongan Apple Gunakan gerak isyarat Multi-Touch pada Mac anda.
Anda juga boleh menukar saiz teks dan item lain pada skrin.