
Ciri kebolehcapaian untuk penglihatan pada Mac
Mac anda disertakan alat terbina dalam untuk memudahkan anda melihat kandungan skrin—atau membuatkan kandungan skrin dituturkan dengan lantang.
Untuk meneroka ciri kebolehcapaian untuk penglihatan, pilih menu Apple 
dalam bar sisi. Ciri penglihatan terletak di bahagian atas.
Buka seting Kebolehcapaian untuk saya
Dengar kandungan skrin
Baca atau dengar teks dalam app Sesuaikan penampilan teks untuk sebarang app dengan Pembaca Kebolehcapaian. Anda juga boleh mendengar teks dituturkan. Pilih menu Apple Dengar atau tukar cara teks kelihatan dalam app dengan Pembaca Kebolehcapaian | Kawal Mac dengan VoiceOver Buatkan pembaca skrin terbina dalam menyebut perkara pada skrin. Navigasi Mac anda dengan perintah papan kekunci, gerak isyarat trackpad atau paparan braille yang disambungkan. Pilih menu Apple |
Sebut teks atas skrin Walaupun semasa VoiceOver tidak aktif, buatkan Mac anda membaca semua teks pada skrin, teks di bawah penuding, perkara yang anda taipkan dan banyak lagi. Pilih menu Apple | Dengar perihalan video Dapatkan perihalan dituturkan untuk kandungan visual dalam filem, rancangan TV dan media lain, apabila tersedia. Pilih menu Apple |
Petua: Dengan Siri dan Perencanaan, anda boleh melengkapkan tugas biasa dan memasukkan teks hanya menggunakan suara anda.
Zum dan besarkan teks
Zum masuk pada persekitaran anda Zum masuk pada perkara sekeliling anda dan sesuaikan penampilannya. Anda juga boleh mendengar teks dalam persekitaran anda. Pergi ke app Pembesar | Zum masuk pada skrin anda Besarkan perkara yang anda lihat—seluruh skrin atau sebahagian daripadanya. Tetapkan seting zum untuk paparan sekunder. Pilih menu Apple |
Besarkan teks semasa anda membaca atau menaip Lihat versi lebih besar teks yang anda taipkan atau apa-apa di bawah penuding—teks yang anda baca atau ikon dalam antara muka pengguna. Pilih menu Apple | Tingkatkan saiz teks Gunakan gelangsar tunggal untuk melaraskan saiz bacaan bagi teks merentas berbilang app dan ciri sistem. Pilih menu Apple |
Sesuaikan paparan anda
Laraskan warna paparan Bezakan kandungan pada skrin dengan lebih mudah dengan menterbalikkan warna, menggunakan penapis warna dan banyak lagi. Pilih menu Apple | Jadikan penuding lebih mudah dilihat Jadikan penuding lebih mudah dicari. Tukar sahaja saiz atau warnanya atau gerakkannya dengan cepat untuk menjadikannya lebih besar. Pilih menu Apple |
Sesuaikan pergerakan pada skrin Jeda imej beranimasi dan perlahankan pergerakan elemen atas skrin. Atau malapkan paparan anda apabila media yang anda lihat menggambarkan cahaya berkelip atau cahaya berdenyar. Anda juga boleh menggunakan tanda atas skrin untuk membantu mengurangkan mabuk gerak semasa menaiki kenderaan. Pilih menu Apple | Gunakan Mod Gelap Jika anda memilih teks cerah pada latar belakang gelap, pilih skema warna gelap untuk macOS. Pilih menu Apple |
Petua: Kawal ciri kebolehcapaian dan seting utama anda dengan Siri, pintasan papan kekunci atau daripada bar menu. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan ciri kebolehcapaian dengan cepat.











