Sesuaikan Touch Bar pada Mac
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda boleh menukar seting yang mengawal butang yang ditunjukkan dalamnya, termasuk Control Strip. Untuk sesetengah app, anda boleh menyesuaikan Touch Bar supaya ia mengandungi butang untuk tugas kegemaran anda dalam app itu.
Tukar seting Touch Bar
Setkan pilihan untuk mengawal perkara yang ditunjukkan dalam Touch Bar. Contohnya, anda boleh menjadikan Touch Bar menunjukkan hanya Control Strip yang dikembangkan atau hanya butang app. Anda juga boleh menukar perkara yang berlaku apabila anda menekan dan menahan kekunci Fn atau kekunci Glob pada papan kekunci.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Papan Kekunci dalam bar sisi, kemudian klik Seting Touch Bar. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Setkan pilihan untuk Touch Bar.
Touch Bar menunjukkan: Klik menu timbul, kemudian pilih perkara yang anda mahu Touch Bar tunjukkan—contohnya, butang app atau Control Strip yang dikembangkan.
Jika anda tidak mahu Control Strip untuk ditunjukkan pada masa yang sama seperti butang app, tindakan cepat atau spaces, nyahaktifkan Tunjukkan Control Strip.
Tekan dan tahan kekunci fn untuk atau Tekan dan tahan kekunci untuk: Klik menu timbul, kemudian pilih perkara yang anda mahu berlaku apabila anda menekan dan menahan kekunci—contohnya, menunjukkan Control Strip atau tindakan cepat.
Pilihan berbeza bergantung pada perkara yang anda setkan untuk “Touch Bar menunjukkan”.
Tunjukkan cadangan menaip: Aktifkan untuk menunjukkan cadangan menaip dalam Touch Bar.
Untuk sentiasa menunjukkan kekunci fungsi (F1, F2 dan seterusnya) dalam Touch Bar untuk app tertentu, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Klik Pintasan Papan Kekunci, pilih Kekunci Fungsi dalam bar sisi, kemudian tambah app yang anda mahukan.
Tukar butang Control Strip
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Papan Kekunci dalam bar sisi, kemudian klik Seting Touch Bar. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Sesuaikan Control Strip.
Kembangkan Control Strip dalam Touch Bar, jika anda mahu.
Tambah, susun semula, atau keluarkan butang dalam Control Strip.
Tambah butang: Gunakan trackpad atau tetikus untuk menyeret butang daripada skrin ke Control Strip; butang dalam Control Strip bergoyang sedikit.
Susun semula butang: Gunakan jari anda pada Control Strip untuk menyeret butang.
Keluarkan butang: Gunakan trackpad atau tetikus untuk menyeret butang daripada Control Strip ke skrin.
Apabila anda selesai, klik Selesai pada skrin (atau ketik Selesai dalam Touch Bar, jika ia ditunjukkan di situ).
Tukar butang Touch Bar untuk app
Dalam app, pilih Paparan > Sesuaikan Touch Bar.
Tambah, susun semula, atau keluarkan butang dalam Touch Bar.
Untuk bertukar antara menukar butang untuk app semasa dan Control Strip, hanya ketik Touch Bar. (Anda tidak boleh menyesuaikan butang untuk semua app.)
Tambah butang: Gunakan trackpad atau tetikus untuk menyeret butang daripada skrin ke Touch Bar; butang dalam Touch Bar bergoyang sedikit.
Susun semula butang: Gunakan jari anda pada Touch Bar untuk menyeret butang.
Keluarkan butang: Gunakan trackpad atau tetikus untuk menyeret butang daripada Touch Bar ke skrin.
Apabila anda selesai, klik Selesai pada skrin (atau ketik Selesai dalam Touch Bar, jika ia ditunjukkan di situ).