Gunakan seting Wi-Fi pada Mac
Pada Mac, anda boleh menggunakan seting Wi-Fi untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Wi-Fi, bersambung ke rangkaian Wi-Fi dan Hotspot Peribadi serta memasukkan atau menukar seting untuk rangkaian Wi-Fi anda yang tersedia.
Petua: Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Wi-Fi atau bersambung ke rangkaian Wi-Fi, gunakan menu status Wi-Fi dalam bar menu.
Aktifkan atau nyahaktifkan Wi-Fi
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Wi-Fi
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan atau nyahaktifkan Wi-Fi.
Sambung ke rangkaian Wi-Fi atau Hotspot Peribadi
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Wi-Fi
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Alihkan penuding ke atas nama rangkaian Wi-Fi atau Hotspot Peribadi yang anda mahu sertai, kemudian klik Sambung.
Jika anda tidak melihat rangkaian yang anda mahu sertai, klik Lain, masukkan nama dan kata laluan rangkaian, kemudian klik OK.
Jika anda tidak melihat atau tidak boleh bersambung ke Hotspot Peribadi yang anda mahu sertai, lihat artikel Sokongan Apple Jika Hotspot Peribadi tidak berfungsi pada iPhone atau iPad anda (Wi-Fi + Cellular).
Pilih sama ada untuk bersambung ke rangkaian yang diketahui secara automatik
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Wi-Fi
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik menu timbul di sebelah “Minta menyertai rangkaian”, kemudian pilih Tak Aktif, Maklumkan atau Minta.
Pilih sama ada untuk menemui Hotspot Peribadi berdekatan secara automatik
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Wi-Fi
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik menu timbul di sebelah “Minta menyertai hotspot”, kemudian pilih Jangan, Minta Menyertai atau Automatik.
Masukkan atau tukar seting Wi-Fi
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Wi-Fi
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Butiran.
Tukar seting mengikut keperluan.
Lihat seting Wi-Fi untuk mengetahui lebih lanjut tentang setiap pilihan.