
Semak peranti yang dipercayai yang menggunakan Akaun Apple anda pada Mac
Anda boleh menyemak peranti yang dipercayai yang menggunakan Akaun Apple anda dalam senarai Peranti dalam seting Akaun Apple.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda, kemudian masukkan kata laluan anda.
Pergi ke Peranti, kemudian klik nama peranti untuk melihat atau menukar setingnya.
Pilihan yang tersedia berbeza bergantung pada peranti.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat maklumat tentang peranti: Anda boleh menyemak model, versi perisian, nombor telefon, nombor siri atau IMEI (Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa) khusus yang dikaitkan dengan peranti.
Semak jika Cari diaktifkan untuk peranti: Jika Cari aktif, anda boleh mencari peranti dalam app Cari atau di iCloud.com. Jika Cari tidak aktif, lihat Sediakan Cari pada semua peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud.
Lihat kad yang dikaitkan dengan Wallet dan Apple Pay pada peranti dan mengeluarkannya: Jika anda menggunakan kad dengan Wallet dan Apple Pay pada peranti, kad disenaraikan. Untuk mengeluarkan semua kad daripada peranti, klik Keluarkan Item.
Keluarkan peranti daripada akaun anda: Klik Keluarkan daripada Akaun, kemudian klik Keluarkan. Anda patut mengeluarkan peranti yang anda tidak lagi miliki atau hilang atau dicuri.
Jika anda kehilangan Mac, iPhone, iPad atau Apple Watch, anda mungkin boleh mencari dan melindunginya berbanding mengeluarkannya daripada akaun anda. Lihat Sediakan app Cari untuk mencari Mac, peranti, atau item yang hilang.
Jika anda mengeluarkan peranti daripada akaun anda dan peranti bersambung semula ke internet semasa anda masih mendaftar masuk ke Akaun Apple anda padanya, peranti muncul semula dalam senarai peranti anda. Jika anda tidak boleh mendaftar keluar daripada Akaun Apple anda pada peranti, anda mungkin boleh memadam peranti daripada jauh. Lihat Padam peranti dalam Cari Peranti di iCloud.com dalam Panduan Pengguna iCloud.
Nota: Jika anda mengeluarkan peranti yang disediakan untuk menggunakan Apple Pay, Apple Pay dinyahdayakan untuk peranti tersebut dan kad anda dikeluarkan daripada peranti tersebut, walaupun di luar talian. Lihat Gunakan Wallet & Apple Pay.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting Akaun Apple anda pada tapak web Akaun Apple, lihat halaman Akaun Apple anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menukar seting Akaun Apple menggunakan iPhone atau iPad anda, lihat Daftar masuk dan urus Akaun Apple anda pada iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone atau Daftar masuk dan urus Akaun Apple anda pada iPad dalam Panduan Pengguna iPad.