Tukar seting Bahasa & Rantau pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Bahasa & Rantau untuk mengesetkan bahasa yang anda mahu tunjukkan dalam macOS dan app, serta memilih format yang digunakan untuk menunjukkan tarikh, masa, nombor dan banyak lagi.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Bahasa & Rantau. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Bahasa & Rantau untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahasa Pilihan | Pilih bahasa atau beberapa bahasa yang anda mahu tunjukkan dalam macOS dan dalam app (sebagai contoh, dalam menu dan pemberitahuan) dan pada tapak web (jika tersedia dalam bahasa pilihan). Lihat Tukar bahasa sistem. Jika anda menambah sumber input, bahasa tersebut ditambah ke senarai secara automatik. | ||||||||||
Menu timbul Seting | Pilih Gunakan ke Tetingkap Log Masuk untuk membuatkan tetingkap log masuk menggunakan bahasa utama (daripada senarai bahasa pilihan di atas). Jika Mac anda mempunyai berbilang pengguna, semua orang akan melihat tetingkap log masuk dalam bahasa ini. Nota: Jika anda tidak melihat menu timbul Seting , ini bermakna tetingkap log masuk sudah disetkan untuk menggunakan bahasa utama. | ||||||||||
Rantau | Pilih rantau geografi pemilik format yang digunakan untuk tarikh, masa, nombor dan mata wang. Apabila anda memilih rantau berlainan, pilihan dan pratonton yang ditunjukkan akan berubah. | ||||||||||
Kalendar | Pilih jenis kalendar digunakan untuk memaparkan tarikh dan masa. | ||||||||||
Suhu | Pilih format suhu pilihan. | ||||||||||
Sistem pengukuran | Pilih sistem pengukuran pilihan. | ||||||||||
Hari pertama dalam minggu | Pilih hari pertama dalam minggu. | ||||||||||
Format tarikh | Pilih format tarikh, seperti hari, kemudian bulan, kemudian tahun. | ||||||||||
Format nombor | Pilih format untuk nombor, seperti apabila koma kelihatan. | ||||||||||
Senaraikan tertib isihan | Pilih tertib isihan untuk nama. Pilihan ini hanya tersedia untuk sesetengah bahasa utama. | ||||||||||
Kata panggilan | Dalam bahasa disokong, peribadikan cara Mac anda memanggil anda dengan memilih kata panggilan pilihan anda (feminin, maskulin atau neutral). Aktifkan “Kongsi dengan semua aplikasi” supaya semua app boleh memperibadikan cara ia memanggil anda. | ||||||||||
Teks Langsung | Pilih teks dalam imej untuk menyalin atau mengambil tindakan. Lihat Berinteraksi dengan teks dalam foto menggunakan Teks Langsung dalam Foto. | ||||||||||
Aplikasi | Sesuaikan seting bahasa untuk aplikasi individu. Lihat Pilih bahasa yang anda gunakan untuk app individu. | ||||||||||
Bahasa Terjemahan | Pilih bahasa untuk dimuat turun ke komputer anda supaya anda boleh menterjemah semasa di luar talian. Anda juga boleh memproses terjemahan pada Mac anda, walaupun semasa disambungkan ke internet. Lihat Terjemah teks. |