
Pindahkan fail antara dua komputer Mac menggunakan mod cakera sasaran
Anda boleh menyambungkan Mac berasaskan Intel kepada Mac lain supaya Mac berasaskan Intel kelihatan sebagai cakera keras luaran—yang dikenali sebagai mod cakera sasaran. Anda boleh memindahkan fail antara komputer Mac.
Anda juga boleh memindahkan fail antara Mac dengan Apple silicon dan Mac lain yang disambungkan dengan memulakan Mac dengan Apple silicon dalam Pemulihan macOS. Lihat Pindahkan fail antara Mac dengan Apple silicon dan Mac lain.
Petua: Anda boleh menggunakan AirDrop sebagai cara yang mudah untuk memindahkan item dari satu Mac ke Mac yang lain, terutamanya jika anda hanya perlu memindahkan sebilangan kecil item.
Sambungkan dua komputer dengan kabel USB, USB-C, atau Thunderbolt.
Nota: Jika salah satu daripada komputer mempunyai macOS 11 atau lebih baharu dipasang, anda mesti menyambungkan kedua-dua komputer menggunakan kabel Thunderbolt.
Pada Mac berasaskan Intel yang anda mahu gunakan sebagai cakera luaran dalam mod cakera sasaran, lakukan satu daripada berikut:
Jika komputer dimatikan, hidupkannya sambil menekan dan menahan kekunci T.
Jika komputer hidup, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Umumdalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Klik Cakera Permulaan di sebelah kanan, kemudian klik Mulakan Semula dalam Mod Cakera Sasaran.
Buka seting Cakera Permulaan untuk saya
Apabila komputer telah bermula, ikon cakera muncul pada desktop dari komputer lain.
Pada Mac lain, buka tetingkap Finder, kemudian dwiklik Mac yang anda gunakan sebagai cakera luaran dalam bar sisi.
Pindahkan fail dengan menyeretnya ke cakera dan dari cakera.
Untuk mengeluarkan cakera, Control-kliknya dalam bar sisi Finder, kemudian pilih Keluarkan [volum].
Pada Mac yang anda gunakan sebagai cakera, tekan butang kuasa untuk menutupnya, kemudian putuskan sambungan kabel.