Dengar muzik dengan Apple Music Voice pada iPad
Apple menawarkan Pelan Apple Music Voice, pilihan langganan baharu untuk Apple Music yang direka bentuk berasaskan Siri. Hanya dengan menggunakan suara, anda boleh mengakses jutaan lagu, ribuan senarai main (termasuk ratusan senarai main suasana dan aktiviti), campuran diperibadikan, stesen genre dan radio Apple Music.
Di samping menstrim muzik daripada Apple Music, anda boleh memainkan muzik yang anda beli daripada iTunes Store dan muzik yang anda selaraskan ke iPad. Anda juga boleh menstrim muzik dengan AirPlay, memainkan muzik menggunakan Perkongsian Rumah dan mencari pustaka Apple Music serta pustaka muzik anda.
Nota: Bukan semua ciri tersedia dalam Pelan Apple Music Voice. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Cara menggunakan Apple Music Voice.
Langgan Apple Music Voice
Anda boleh melanggan Apple Music Voice semasa anda mula-mula membuka app Muzik .
Sebagai pelanggan Apple Music, anda boleh memainkan muzik pada semua peranti anda dengan Siri diaktifkan, termasuk HomePod mini, AirPods, atau peranti Apple lain dan semasa menggunakan CarPlay.
Petua: Jika anda tidak melanggan Apple Music, anda boleh mendapat pratonton percuma Apple Music Voice selama 7 hari menggunakan Siri untuk memainkan lagu atau artis dalam Apple Music. Pratonton percuma satu kali ini tidak akan diperbaharui. Selepas 7 hari, anda boleh melanggan pelan Suara dalam app Apple Music dan mendapat percubaan percuma selama 1 bulan.
Pelanggan baharu boleh mulakan percubaan dan batalkan pada bila-bila masa. Jika anda tamatkan langganan Apple Music Voice, anda tidak lagi boleh menstrim lagu Apple Music.
Mainkan muzik dengan Apple Music Voice
Untuk memainkan muzik dengan Apple Music Voice, hanya sebut, “Hai Siri”, kemudian buat permintaan anda:
“Mainkan ‘enough for you’ oleh Olivia Rodrigo”
“Mainkan Apple Music Country”
“Mainkan cool jazz”
“Mainkan senarai main jamuan makan malam”
“Mainkan senarai main untuk menenangkan saya”
“Mainkan lebih banyak seperti ini”
Untuk melihat cadangan Siri yang dicipta hanya untuk anda, buka app Muzik , ketik Dengar, kemudian leret menerusi cadangan di bawah Hanya Minta Siri. Sebut “Hai Siri”, kemudian sebutkan cadangan atau ketik untuk memainkannya.
Mainkan muzik yang anda dengar baru-baru ini
Buka app Muzik , ketik Dengar, kemudian ketik item. Senarai main dan album dimainkan dalam tertib asalnya.
Mainkan muzik yang dibeli dan diselaraskan
Anda boleh memainkan muzik yang anda beli daripada iTunes Store serta muzik yang anda selaraskan ke iPad anda daripada komputer.
Buka app Muzik , ketik Pustaka, ketik kategori seperti Senarai Main, Artis, atau Album, kemudian ketik item.
Untuk memainkan muzik daripada pustaka Perkongsian Rumah, ketik Pustaka, ketik Perkongsian Rumah, kemudian ketik pustaka.