Lukis dalam app dengan Penanda pada iPad
Dalam app disokong pada iPad, seperti Mesej, Mail, Nota dan Buku, anda boleh menganotasikan foto, gambar skrin dan PDF, melakarkan idea, menulis nota dan banyak lagi menggunakan alat lukisan terbina dalam.
Petua: Anda juga boleh menulis dan melakar menggunakan alat lukisan dalam app Freeform.

Tunjukkan, alihkan dan sembunyikan bar alat Penanda
Untuk menunjukkan alat bar Penanda dalam app disokong, ketik atau Penanda, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Alihkan bar alat Penanda: Seret bar alat ke sebarang pinggir skrin.
(Seret daripada pinggir tengah bar alat ke bahagian tengah skrin.)
Minimumkan bar alat apabila anda melukis atau memasukkan teks secara automatik: Ketik
, kemudian aktifkan Minimumkan Auto.
Untuk menunjukkan bar alat penuh lagi, ketik versi diminimumkan.
Sembunyikan bar alat: Ketik
atau Selesai.
Lukis atau tulis dalam app dengan Penanda
Dalam bar alat Penanda, ketik pen, atau alat pensel, kemudian tulis atau lukis dengan jari atau Apple Pencil anda (model disokong).
Nota: Jika anda tidak melihat bar alat Penanda dalam app disokong, ketik atau Penanda. Jika bar alat diminimumkan, ketik versinya yang diminimumkan.
Semasa menulis atau melukis, lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar ketebalan garis: Ketik alat lukisan dipilih dalam bar alat, kemudian pilih pilihan.
Tukar kelegapan: Ketik alat lukisan dipilih dalam bar alat, kemudian seret gelangsar.
Tukar warna: Pilih warna daripada pemilih warna dalam bar alat Penanda.
Buat asal kesilapan: Ketik
.
Lukis garisan lurus: Ketik alat pembaris dalam bar alat, kemudian lukis garisan di sepanjang pinggir pembaris.
Untuk menukar sudut pembaris, sentuh dan tahan pembaris dengan dua jari, kemudian putarkan jari anda.
Untuk mengalihkan pembaris tanpa menukar sudutnya, seretnya dengan satu jari.
Untuk menyembunyikan pembaris, ketik alat pembaris dalam bar alat lagi.
Dalam app Nota, anda boleh menulis teks dengan Apple Pencil dan menukarkannya ke teks ditaip dengan serta-merta. Lihat Pilih dan edit lukisan dan tulisan tangan.
Lukis bentuk
Anda boleh menggunakan Penanda untuk melukis bentuk yang sempurna secara geometri—garis, lengkung dan banyak lagi—untuk digunakan dalam diagram dan lakaran.
Dalam bar alat Penanda dalam app disokong, ketik alat pen, penanda, atau pensel.
Nota: Jika anda tidak melihat bar alat Penanda dalam app disokong, ketik
atau Penanda. Jika bar alat diminimumkan, ketik versinya yang diminimumkan.
Lukis bentuk dalam satu goresan dengan jari atau Apple Pencil (model yang disokong) anda, kemudian jeda.
Versi sempurna bentuk melekat dalam tempatnya, menggantikan lukisan. (Jika anda mengutamakan bentuk gaya bebas, ketik
.)
Bentuk yang anda boleh lukis termasuk garis lurus, anak panah, lengkung, garis berterusan dengan pusingan 90 darjah, segi empat sama, bulatan, segi empat tepat, segi tiga, pentagon, gelembung perbualan, hati, bintang dan awan.
Tukar teks tulisan tangan atau lukisan anda
Pilih alat Laso
(antara pemadam dan pembaris) dalam bar alat Penanda, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut untuk memilih kandungan yang anda mahu tukar:
Pilih perkataan atau objek yang dilukis: Dwiketik padanya.
Pilih ayat: Ketik ayat tiga kali.
Pilih perenggan atau blok teks: Sentuh dan tahan perkataan pertama, kemudian seret ke perkataan terakhir. Untuk memilih dengan lebih tepat, seret dengan perlahan.
Dalam app Nota, Penanda mengenalpasti teks tulisan tangan secara berasingan daripada objek dilukis, supaya anda boleh memilih hanya tulisan tangan. Jika anda juga mahu menyertakan lukisan dalam pilihan anda, anda juga boleh menyeret ke atas lukisan.
Pilih berbilang objek yang dilukis: Dengan alat Laso dipilih, lukis di sekitar objek dengan jari atau Apple Pencil anda, kemudian ketik pilihan.
Nota: Jika anda tidak melihat bar alat Penanda, ketik
atau Penanda. Jika bar alat diminimumkan, ketik versinya yang diminimumkan.
Selepas memilih kandungan yang anda mahu semak semula, ketik kandungan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Potong, salin, padam, atau duplikasi: Ketik pilihan.
Gerakkan: Sentuh dan tahan kandungan sehingga kandungan terangkat, kemudian seretnya ke lokasi baharu.
Petua: Selepas memilih teks tulisan tangan dan lukisan, anda boleh menukarkan warnanya dengan mengetik warna dalam bar alat Penanda, atau alihkannya dengan menyeretnya ke lokasi baharu.
Untuk lebih banyak cara untuk mengedit tulisan tangan atau lukisan anda dalam Nota, lihat Lukis atau tulis dalam Nota pada iPad.
Padamkan kesilapan
Nota: Jika anda tidak melihat bar alat Penanda, ketik atau Penanda. Jika bar alat diminimumkan, ketik versinya yang diminimumkan.
Dwiketik alat pemadam dalam bar alat Penanda, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Padam piksel: Pilih Pemadam Piksel, kemudian gosok di atas kesilapan dengan jari atau Apple Pencil anda.
Padam objek: Pilih Pemadam Objek, kemudian sentuh objek dengan jari atau Apple Pencil anda.
Bertukar antara pemadam piksel dan objek: Ketik alat pemadam lagi, kemudian pilih Pemadam Piksel atau Pemadam Objek.
Petua: Anda boleh mengambil gambar skrin dengan meleret ke atas daripada penjuru kiri bawah skrin dengan Apple Pencil dan mula menandakan gambar skrin dengan serta-merta. Jika anda tidak mempunyai Apple Pencil, anda boleh mengambil gambar skrin, kemudian ketik imej kecil yang kelihatan untuk beberapa saat di penjuru kiri bawah skrin.