Sediakan FaceTime pada iPad
Anda boleh menggunakan app FaceTime untuk kekal berhubung dengan rakan dan keluarga, sama ada mereka menggunakan iPhone, iPad, iPod touch, atau Mac. Dengan Audio Ruang dalam FaceTime (pada model disokong), orang dalam panggilan kedengaran seperti mereka berada dalam bilik bersama anda, bercakap daripada kedudukan mereka pada skrin. Audio Ruang berfungsi dengan model AirPod berikut (dijual berasingan)—AirPods (generasi ke-3), AirPods Pro (semua model) dan AirPods Max.
Dengan SharePlay, anda boleh menonton filem dan rancangan TV bersama, mendengar muzik bersama, bermain permainan berbilang pemain dalam Game Center dengan rakan, atau menyertai aktiviti berkumpulan semasa panggilan FaceTime. Anda juga boleh berkongsi skrin dan menunjukkan app, halaman web serta banyak lagi semasa perbualan—tunjukkan album foto, rancang percutian kumpulan anda yang seterusnya bersama-sama, atau dapatkan maklum balas tentang sesuatu yang anda sedang usahakan—semuanya semasa melihat dan mendengar reaksi semua orang pada panggilan.
Anda boleh menggunakan kamera hadapan untuk bercakap secara bersemuka atau bertukar ke kamera belakang untuk berkongsi perkara yang anda lihat di sekeliling anda. Untuk menangkap detik perbualan anda, ambil Live Photo FaceTime.
Nota: Tidak semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau.
Pergi ke Seting
> FaceTime, masukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian ketik Daftar Masuk.
Nota: Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh menciptanya—lihat Urus seting Apple ID pada iPad.
Pastikan FaceTime diaktifkan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat rancangan TV dan filem bersama-sama, dengar muzik bersama-sama, atau kongsi skrin anda dalam panggilan: Ketik SharePlay, kemudian aktifkan SharePlay.
Serlahkan speaker dalam panggilan: Aktifkan Percakapan.
Paparkan kapsyen langsung dalam panggilan anda: Aktifkan Kapsyen Langsung (beta). (Benarkan semua orang pada panggilan anda mengetahui pertuturan mereka sedang ditranskripsikan pada peranti.)
Ambil Live Photos dalam panggilan FaceTime: Aktifkan Live Photos FaceTime.