Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Paparkan sari kata dan kapsyen pada iPad
iPad boleh memberikan sari kata, kapsyen tertutup dan transkripsi supaya anda boleh mengikuti audio dan video dengan lebih mudah.
Aktifkan sari kata dan kapsyen dalam app Apple TV
Semasa memainkan kandungan video, ketik
.
Pilih daripada senarai sari kata dan kapsyen tersedia.
Sesuaikan sari kata dan kapsyen dalam app video disokong.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Sari Kata & Kapsyen.
Jika anda mengutamakan kapsyen tertutup atau sari kata untuk pengguna pekak dan kurang pendengaran apabila tersedia, aktifkan Kapsyen Tertutup + SDH.
Ketik Gaya, kemudian pilih gaya kapsyen sedia ada atau cipta gaya baharu berdasarkan yang berikut:
Fon, saiz dan warna
Warna dan kelegapan latar belakang
Kelegapan teks, gaya pinggir dan serlahan