Bermula dengan Freeform pada iPad
App Freeform memberi anda kanvas yang tidak terhad untuk kreativiti. Satukan semua perkara, termasuk foto, lukisan, pautan dan fail. Serta jemput orang lain untuk bekerja dengan anda.

Kumpul idea dengan bebas
Anda boleh meletakkan apa-apa jenis fail dalam papan Freeform—papan putih dalam talian—tanpa perlu risau tentang tataletak atau saiz halaman. Untuk mencipta papan, ketik .

Bekerjasama dengan orang lain
Ketik bagi menjemput orang untuk bekerja bersama pada masa nyata pada papan. Anda boleh menambah nota lekat
untuk melakukan sesi mencari ilham atau memberi maklum balas.

Serlahkan kreativiti dengan alat lukisan
Ketik (atau hanya gunakan Apple Pencil anda) untuk mula melukis. Laraskan ketebalan garis, kelutsinaran, warna dan banyak lagi serta cubit untuk zum masuk dan keluar semasa anda bekerja.

Mulakan pada iPad anda, teruskan bekerja pada Mac anda
Papan Freeform yang anda simpan dalam iCloud—dan sebarang perubahan yang anda buat padanya—kekal dikemas kini pada semua peranti Apple anda apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Untuk menggunakan iCloud dengan Freeform, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Tunjukkan Semua (di bawah App Menggunakan iCloud), kemudian aktifkan Freeform.
Terokai Freeform. Cipta papan, lukis padanya, simpannya dalam iCloud dan berkongsinya dengan orang lain.
Nota: Freeform tersedia pada iOS 16.2, iPadOS 16.2, macOS Ventura 13.1 atau lebih baharu.