Ambil foto dengan kamera iPad anda
Ketahui cara untuk mengambil foto yang cantik dengan Kamera pada iPad anda. Pilih daripada mod kamera seperti Foto, Pano dan Petak serta gunakan ciri kamera seperti Jujukan dan Live Photos.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Buka Kamera.” Ketahui cara menggunakan Siri.

Ambil foto
Foto ialah mod standard yang anda lihat apabila anda membuka Kamera. Gunakan mod Foto untuk mengambil foto pegun. Leret pemilih mod ke atas atau ke bawah untuk memilih mod berlainan, seperti Video, Pano, Selang Masa, Slo-mo dan Potret (pada model disokong).
Ketik
pada skrin Utama atau leret ke kiri pada skrin Kunci untuk membuka Kamera dalam mod Foto.
Ketik butang Pengatup atau tekan mana-mana butang kelantangan untuk mengambil foto.
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan denyar pada model yang menyokong Denyar True Tone, ketik , kemudian pilih Auto, Aktif, atau Nyahaktif.
Untuk mengesetkan pemasaan, stabilkan iPad anda dan bingkaikan syot anda. Ketik , kemudian ketik 3s atau 10s.
Nota: Untuk keselamatan anda, titik hijau kelihatan di bahagian atas skrin semasa Kamera sedang digunakan. Lihat Kawal akses kepada ciri perkakasan.
Zum masuk atau keluar
Pada semua model, buka Kamera dan cubit skrin untuk zum masuk atau keluar.
Bergantung pada model anda, lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik 1x di sebelah kiri skrin.
Seret gelangsar di sebelah kiri skrin ke atas atau ke bawah.
Sentuh dan tahan kawalan zum di sebelah kiri skrin, kemudian seret gelangsar ke kanan atau ke kiri.
Ambil foto panorama
Pilih mod Pano, kemudian ketik butang Pengatup.
Sorot perlahan-lahan mengikut arah anak panah, pastikannya kekal di garis tengah.
Untuk selesai, ketik butang Pengatup lagi.
Ketik anak panah untuk menyorot dalam arah berlawanan. Untuk menyorot secara menegak, pusing dahulu iPad kepada orientasi landskap. Anda juga boleh menterbalikkan arah sorotan menegak.
Tangkap syot aksi dengan mod Jujukan
Mod Jujukan mengambil berbilang foto berkelajuan tinggi supaya anda boleh mempunyai sebilangan foto untuk dipilih. Anda boleh mengambil foto Jujukan dengan kamera depan dan belakang.
Pilih mod Foto atau Petak.
Sentuh dan tahan butang Pengatup untuk mengambil foto berterusan.
Pembilang menunjukkan bilangan syot yang anda ambil.
Angkat jari anda untuk berhenti.
Untuk memilih foto yang anda mahu simpan, ketik imej kecil Jujukan, kemudian ketik Pilih.
Titik kelabu di bawah imej kecil menandakan foto yang disyorkan untuk disimpan.
Ketik bulatan di penjuru kanan bawah setiap foto yang anda mahu simpan sebagai foto individu, kemudian ketik Selesai.
Untuk memadamkan keseluruhan kumpulan foto Jujukan, ketik imej kecil, kemudian ketik .
Ambil Live Photo
Live Photo menangkap apa yang berlaku sejurus sebelum dan selepas anda mengambil foto anda, termasuk audio.
Pada model yang menyokong Live Photos, pilih mod Foto.
Ketik
untuk mengaktifkan (kuning ialah aktif) atau menyahaktifkan Live Photos.
Ketik butang Pengatup untuk mengambil gambar.
Dalam album anda, Live Photos ditandakan dengan “Live” di penjuru kiri atas. Anda boleh mengedit Live Photos dan menambah kesan seperti Gelung dan Lantun. Lihat Edit Live Photos.