Gunakan EarPods dengan Penyambung Lightning pada iPad
Anda boleh menggunakan EarPods dengan Penyambung Lightning (dijual secara berasingan) untuk mendengar muzik dan video serta membuat panggilan pada model iPad dengan port Lighting. EarPods menampilkan mikrofon, butang kelantangan dan butang tengah.

Gunakan butang tengah untuk menjawab dan menamatkan panggilan, kawal main balik audio dan video serta gunakan Siri, walaupun iPad dikunci.

Kawal audio dengan EarPods anda
Jeda: Tekan butang tengah. Tekan sekali lagi untuk meneruskan main balik.
Langkau ke depan: Tekan butang tengah dua kali dengan cepat.
Langkau ke belakang: Tekan butang tengah tiga kali dengan cepat.
Maju pantas: Tekan butang tengah dua kali dengan cepat dan tahan.
Uruskan panggilan menggunakan EarPods anda
Jawab panggilan masuk: Tekan butang tengah.
Tamatkan panggilan semasa: Tekan butang tengah.
Beralih ke panggilan masuk atau menunggu dan tahan panggilan semasa: Tekan butang tengah. Tekan sekali lagi untuk beralih semula ke panggilan pertama.
Minta Siri dengan EarPods anda
Tekan dan tahan butang tengah sehingga anda mendengar bip. Lepaskan, kemudian minta Siri untuk melakukan tugas atau menjawab soalan anda. Lihat Gunakan Siri pada iPad.