Sediakan dan gunakan aksesori Bluetooth pada iPad
Menggunakan sambungan Bluetooth, anda boleh menggunakan peranti pihak ketiga seperti papan kekunci wayarles, fon kepala, speaker, kit kereta, pengawal permainan dan banyak lagi dengan iPad.
Nota: iPad mesti berada dalam lingkungan 33 kaki (10 meter) dari peranti Bluetooth.
Pasangkan fon kepala Bluetooth, papan kekunci, pengawal permainan, atau peranti lain
Ikut arahan yang datang bersama peranti untuk meletaknya dalam mod penemuan.
Nota: Untuk memasangkan AirPods, lihat arahan untuk model anda dalam bahagian “Pasangkan dan sambungkan” dalam Panduan Pengguna AirPods.
Pada iPad, pergi ke Seting
> Bluetooth, aktifkan Bluetooth, kemudian ketik nama peranti.
iPad mesti berada dalam lingkungan 33 kaki (10 meter) dari peranti Bluetooth.
Sesuaikan pengawal permainan wayarles
Selepas anda memasangkan pengawal permainan yang serasi, anda boleh menyesuaikannya untuk permainan yang disokong daripada Apple Arcade dan App Store.
Pergi ke Seting
> Umum > Pengawal Permainan.
Ketik butang yang anda mahu tukar.
Untuk menyesuaikan app khusus, ketik Tambah App.
Nota: Ketersediaan Apple Arcade berbeza mengikut negara atau rantau.
Mainkan audio daripada iPad pada peranti audio Bluetooth
Pada iPad anda, buka app audio, seperti Muzik, kemudian pilih item untuk dimainkan.
Ketik
, kemudian pilih peranti Bluetooth anda.
Semasa audio dimainkan, anda boleh menukar destinasi main balik pada Skrin Kunci atau dalam Pusat Kawalan.
Destinasi main balik kembali ke iPad jika anda mengalihkan peranti keluar daripada liputan Bluetooth.
Untuk mendapatkan maklumat tentang melindungi pendengaran anda daripada kelantangan tinggi semasa mendengar fon kepala dengan iPad, lihat Gunakan ciri paras audio fon kepala pada iPad.
AMARAN: Untuk maklumat penting tentang mengelakkan kehilangan pendengaran dan mengelakkan gangguan perhatian yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPad.
Nyahpasangkan peranti Bluetooth
Pergi ke Seting > Bluetooth, ketik butang maklumat
di sebelah nama peranti, kemudian ketik Lupakan Peranti Ini.
Jika anda tidak dapat melihat senarai Peranti, pastikan Bluetooth diaktifkan.
Jika anda mempunyai AirPods dan anda mengetik Lupakan Peranti Ini, ia dikeluarkan secara automatik daripada peranti lain yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Putuskan sambungan daripada peranti Bluetooth
Untuk memutuskan sambungan daripada semua peranti Bluetooth dengan cepat tanpa menyahaktifkan Bluetooth, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik .
Untuk mengetahui tentang seting privasi Bluetooth pada iPad, lihat artikel Sokongan Apple Jika app mahu menggunakan Bluetooth pada peranti anda. Jika anda menghadapi masalah menyambungkan peranti Bluetooth, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak boleh menyambungkan aksesori Bluetooth ke iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
Nota: Penggunaan aksesori tertentu dengan iPad mungkin menjejaskan prestasi wayarles. Bukan semua aksesori iOS atau iPadOS serasi sepenuhnya dengan iPad. Mengaktifkan mod pesawat boleh mencegah gangguan audio antara iPad dan aksesori. Mengubah orientasi atau menempatkan semula iPad dan aksesori bersambung boleh meningkatkan prestasi wayarles.