Kongsi fail antara iPad dan komputer anda dengan perkhidmatan storan awan
Anda boleh menyimpan fail menggunakan perkhidmatan seperti Box atau Dropbox, yang anda boleh berkongsi fail antara iPad dan komputer anda.
Nota: Bayaran langganan mungkin dikenakan.
Sediakan perkhidmatan storan awan untuk berfungsi dengan Mac atau Windows PC anda.
Lihat arahan daripada penyedia storan awan anda.
Pada iPad anda, gunakan app App Store untuk memuat turun app bagi perkhidmatan storan awan anda.
Buka app yang dimuat turun dan ikuti arahan atas skrin.
Buka Fail, ketik Lebih Lokasi (dalam bar sisi, di bawah Lokasi), kemudian aktifkan perkhidmatan.
Untuk mengakses fail anda pada iPad, buka Fail, ketik Layari di bahagian bawah skrin, kemudian ketik nama perkhidmatan storan di bawah Lokasi. Jika anda tidak melihat Lokasi, ketik Layari lagi di bahagian bawah skrin.