Gunakan foto album dalam Foto pada iPad
Gunakan album dalam app Foto untuk melihat dan menyusun foto serta video anda. Ketik tab Album untuk melihat foto dan video anda disusun dalam kategori dan jenis media berbeza, seperti Video, Potret dan Slo-mo. Anda juga boleh melihat foto anda disusun pada peta dunia dalam album Tempat, atau melayari foto anda berdasarkan orang di dalamnya dalam album Orang.
Album Terbaru menunjukkan keseluruhan koleksi foto anda dalam tertib anda menambah foto ke pustaka anda dan album Kegemaran menunjukkan foto dan video yang anda tandakan sebagai kegemaran.
Jika anda menggunakan Foto iCloud, album disimpan dalam iCloud. Album terkini dan boleh diakses pada peranti yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama. Lihat Gunakan Foto iCloud pada iPad.

Cipta album baharu
Leret daripada penjuru kiri skrin atau ketik
untuk menunjukkan bar sisi, kemudian ketik Album Baharu di bawah Album Saya.
Namakan album, kemudian ketik Simpan.
Ketik foto yang anda mahu tambah pada album, kemudian ketik Tambah.
Untuk mencipta album dikongsi, lihat Kongsi foto dengan Album Dikongsi dalam iCloud.
Tambah foto atau video ke album
Buka foto atau video yang diedit dalam skrin penuh, kemudian ketik
.
Ketik Tambah ke Album, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Mulakan album baharu: Ketik Album Baharu, kemudian namakan album.
Tambah pada album sedia ada: Ketik album sedia ada di bawah Album Saya.
Tambah berbilang foto dan video ke album
Semasa melihat berbilang imej kecil, ketik Pilih di bahagian atas skrin.
Ketik imej kecil foto dan video yang anda mahu tambah, kemudian ketik
di bahagian bawah skrin.
Ketik Tambah ke Album, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Mulakan album baharu: Ketik Album Baharu, kemudian namakan album.
Tambah pada album sedia ada: Ketik album sedia ada di bawah Album Saya.
Keluarkan foto dan video daripada album
Buka album, kemudian ketik foto atau video yang anda mahu keluarkan untuk melihatnya dalam skrin penuh.
Ketik
di bahagian atas skrin, kemudian pilih satu yang berikut:
Keluarkan daripada Album: Foto dikeluarkan daripada album tersebut, tetapi kekal dalam album lain dan pustaka anda.
Padam daripada Pustaka: Foto dikeluarkan daripada semua album dan pustaka anda serta dialihkan ke album Terbaru Dipadam.
Untuk mengeluarkan berbilang foto atau video daripada album, ketik Pilih, ketik imej kecil foto dan video yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik .