Tapis e-mel dalam Mail pada iPad
Dalam app Mail , anda boleh menggunakan penapis untuk menunjukkan hanya beberapa mesej buat sementara—mesej yang memenuhi semua kriteria yang anda pilih dalam senarai penapis. Sebagai contoh, jika anda memilih Belum Dibaca dan Hanya Mel Berlampiran, anda hanya melihat e-mel belum dibaca yang mempunyai lampiran.
Anda juga boleh menentukan akaun e-mel yang kelihatan dalam Mail apabila Fokus khusus sedang aktif.
Tapis e-mel
Ketik
di penjuru kiri bawah senarai peti mel.
Nota: Apabila membaca e-mel pada iPad dalam orientasi Potret, ketik
untuk memaparkan senarai e-mel dengan
di bahagian bawah.
Ketik “Tapis mengikut”, kemudian pilih atau aktifkan kriteria untuk e-mel yang anda mahu lihat.
Ketik
di penjuru kiri bawah untuk menyembunyikan e-mel yang tidak sepadan dengan penapis semasa. Ketik lagi untuk menyahaktifkan penapis.
Untuk menyahaktifkan semua penapis, ketik . Untuk menyahaktifkan penapis khusus, ketik “Ditapis mengikut”, kemudian menyahpilihnya.
Padankan akaun mel dengan Fokus
Anda boleh memilih akaun e-mel untuk menerima pemberitahuan apabila Fokus aktif. Contohnya, anda boleh mengesetkan penapis untuk menunjukkan hanya akaun e-mel kerja anda dan pemberitahuannya apabila Fokus Kerja anda aktif.
Pergi ke Seting
> Fokus, kemudian ketik Fokus.
Jika anda tidak melihat pilihan Fokus yang anda mahu, klik Tambah Fokus. Lihat Sediakan Fokus.
Ketik Tambah Penapis di bawah Penapis Fokus, kemudian ketik Mail.
Pilih akaun yang anda mahu lihat dalam peti masuk anda semasa Fokus tersebut.